Menu Bulan Ramadhan Ani Sup Utara Ipoh 2011

Assalamualaikum semua,

okeh, lama saya tak menulis di blog saya ini. So for today, saya nak menceritakan satu promosi yang restoran saya tawarkan untuk anda semua di bulan Ramadhan yang mulia ini. ok let’s make it straight! look at the image below:-

Menu Ramadhan

Menu Ramadhan tahun ini

The great things is we offer you the great price in a combo for the buka puasa. Ada 5 combo yang kami tawarkan untuk santapan anda. berminat? hopefully anda akan berminat dengan tawaran ini! apa lagi mari datang beramai-ramai ke restoran Ani Sup Utara Ipoh! oh ya, surely kami akan beri anda kurma untuk pemanis mulut ketika berbuka. anyway jumpa di sana ya! check these out for more info:-

reservation : call mr Hafiz 012-4190547
facebook : Ani Sup Utara Ipoh

Posted in Reality in life | Leave a comment

A scene in Transformer 3 that I love the most!

Salam semua,

ecewah, tajuk speaking english tu! hehe, tiba-tiba content posting pula dalam bahasa Melayu. Anyway, there a things that I would like to share which is a scene which I love the most. Ok, sebelum aku cerita lebih lanjut, korang tahu ke pemenda movie Transformer 3 ni? karang penat-penat aku cerita then tak paham plak. hahaha.. ok jom kita tengok dia punya poster below :-

Transformer 3 : The Dark of the Moon

Transformer 3 : The Dark of the Moon

dan bawah ni trailer dia.. korang tengok la, best!

ok, short brief dari aku pasal cerita Transformers 3 : Dark of The Moon

Cerita ni merupakan kesinambungan movie Transformer 2 di mana Optimus Prime berjaya dihidupkan dan mengalahkan Decepticon buat kali keduanya dengan bantuan Autobots, pihak manusia dan satu keturunan the fallen kategori decepticon yang berpihak kepada autobots. Pada masa itu Autobots membuat kerja fulltime bantu manusia menstabilkan keadaan politik dunia dan juga pada masa yang sama mencari kebarangkalian ada Decepticon yang merangkak di bumi ini. Pastu, Autobots baru tahu ada geng dorang yang terhempas dekat bulan, then pergi bulan, angkut sentinel prime balek bumi, kasi ICU. Then, sentinel prime khianat. Pastu korang tengok la sendiri. penat nak cite hehehe..

ada satu scene yang aku nak cerita yang aku suka sangat. Scene ni bukan scene gaduh-gaduh tapi scene yang jiwang hehe. Ok, starting dia, Sam Witwicky dan girlfriend dia ape nama ntah gaduh, so awek dia ni merajuk. Dalam keadaan gawat, Sam jumpa dengan mak ayah dia. Actually Sam nak khabaq kat mak ayah dia dok jauh-jauh sebab bandar Chicago dalam bahaya, tapi mak ayah dia membebel lagi-lagi Sam bagitahu makwe dia lari dari dia. Tapi start sini m ayah dia cerita part yang paling aku suka:-

The Mother : Do you love this girl?
Sam : She’s the one
The Mother : Then, You better go get her, your dad and I when we have a trouble, he often to look and find me. Say what you say (sambil senyum dan pandang suami dia)
The Father : I will follow you to the end of time

masa ayah dia sebut tu, mak dia senyum dan peluk ayah dia. Masa aku dengar dan tengok scene ni, tiba-tiba rasa terharu dan teringat kat seseorang. Wow, a great impact when I watch this movie. meaning dia sangat mendalam. at the end of the story, Si sam peluk awek dia dan cakap the same thing dekat awek dia. Ayat ni buat aku tersentuh sebab dia memberi makna yang ke mana pun orang yang kita sayang pergi, kita sentiasa ada untuk dia, how sweet the words is. Anyway, saya nak sampaikan pada orang itu bahawa I love you, I miss you, I sayang sama you. I will follow you till the end of time sayang.. mmuaahh..

Posted in My Anecdote | Leave a comment

Sup Gearbox boleh didapati di Ipoh

Salam semua,

hari ini saya teringin bercerita tentang Sup Gearbox di Restoran Ani Sup Utara Ipoh merangkap tempat saya mencari rezeki ini. Well then, saya pernah sekali merasa Sup Gearbox ini dahulu dengan berkongsi dengan rakan sekerja saya. Apa-apa pun mari saya bercerita apa benda Sup Gearbox ni.

Restoran Ani Sup Utara ini menawarkan salah satu menu premium untuk pelanggan dia iaitu Sup Gearbox. ok, mungkin ada antara kamu tidak tahu pemenda la Sup Gearbox ni. jom kita tengok gambar dia cemana la rupanya :-

Sup Gearbox Restoran Ani Sup Utara

Sup Gearbox Restoran Ani Sup Utara

Besarkan? Actually Sup Gearbox ni adalah tulang lutut lembu yang dipotong dan dibuat sebagai santapan sup. Rupa dia yang besar di bawah dan makin mengecil diatas menampakkan seakan-akan satu set gearbox kereta sahaja. Di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, ada empat saiz yang ditawarkan iaitu :-

  • RM15
  • RM20
  • RM25
  • RM30

ok untuk sizing ni ikutlah keperluan mereka yang ingin menikmatinya. Saiz paling kecil ialah RM15 dan sehinggalah RM30. Restoran Ani Sup Utara yang lain ada saiz sampai RM40, namun cukuplah hingga RM30 bagi kami kerana saiz itu sudah cukup besar. Untuk makan secara individu, RM15 sudah memadai. Pada saiz itu juga sesuai untuk golongan couple yang ingin merasa Sup Gearbox ini. Pada saiz RM 20, sesuai untuk santapan 2-3 orang. RM25 sesuai 4 dan RM30 sesuai untuk 4-5 orang. Kalau saya tolong angkat Sup Gearbox saiz Rm30, masyaAllah berat ya Rabbi.. tapi saya percaya ramai yang puas hati makan. even saya pernah jumpa seorang mamat yang naik superbike, singgah di Restoran Ani Sup Utara Ipoh ini semata-mata hendak makan Sup Gearbox. Rasa terharu pun ada dan saya cukup berterima kasih untuk para pelanggan yang sentiasa menyokong kami.

Oh yes, apa yang best Sup Gearbox ni? Sup Gearbox ini yang paling best kita boleh sedut sum-sum tulang yang panas bersama kuah sup di tengah-tengah lubang tulang lutut itu. Ada sesetengah pelanggan bertanya yang mana dagingnya? saya pun beritahu pada mereka, dagingnya ada pada bawah lutut yang tenggelam dalam kuah sup. Di situ banyak daging dan lemak yang boleh dinikmati oleh pelanggan. Selalu saya perhatikan, mereka makan sambil menghirup kuah sup dan sum-sum dengan penuh penghayatan. Seronok tengok mereka makan, kadang-kadang kami yang melayan pelanggan seronok dan gembira apabila melihat pelanggan puas hati makan di kedai ini. Yang saya paling suka ialah daging Sup Gearbox ini, memang lembut dan best dikunyah. Kalau siapa yang selalu makan daging-daging di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, mereka akan perasan yang rasa daging itu sama dengan rasa daging Big Mac Mekdonel. Percayalah sebab saya sendiri hari-hari makan Sup Daging hehe..

lastly, saya percaya anda tidak akan kecewa menikmati Sup Gearbox ini di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, saya selaku warga kerja Restoran Ani Sup Utara mengalu-alukan kedatangan anda. Anda juga boleh berkongsi pendapat, memberi komen, dan berinteraksi perihal urusan Restoran Ani Sup Utara Ipoh di laman Facebook iaitu Ani Sup Utara Ipoh. Saya akan memberi ulasan dan perkembangan mengenai Restoran Ani Sup Utara Ipoh di masa akan datang kelak. Sekian, Terima KasihšŸ™‚

Posted in Reality in life | Leave a comment

Sudah setahun aku berada di sini

Assalamualaikum semua,

lama saya tak update blog, last sekali saya bercerita pasal software FTP, biasalah bila jadi half- student and half – manpower di sesuatu organisasi, komitmen kena bahagi dua, rehat dan riadah diri sendiri kena kurangkan, tapi percaya atau tidak pejam celik pejam celik, saya sudah setahun berada di dua tempat ini:-

  1. Restoran Ani Sup Utara
  2. Kolej Poly-Tech Mara Ipoh

Dahulu saya pernah bercerita yang saya mempunyai masalah kewangan, dan saya terpaksa pinjam wang orang untuk teruskan matlamat saya, yes, saya mencari kerja di mudah.my pada masa itu, dan saya shortlistkan beberapa kerja part-time untuk saya buat demi mencari wang untuk bayar hutang. Cuba punya cuba maka saya dapat bekerja di Restoran Ani Sup Utara Ipoh milik Puan Noorlin Nasir selaku majikan saya. Saya masuk bekerja pada 10 HB Julai 2010 dan sekarang posting ini 12 HB Julai 2011, sudah genap setahun saya bekerja dan berkhidmat untuk Puan Noorlin. Tidak lupa juga saya pada Kolej Poly-Tech Mara Ipoh, tempat saya meneruskan pengajian saya iaitu DegreeĀ  (HONS) in Multimedia Computing, juga dah setahun disini, everything was in a blink of eye.

Restoran Ani Sup Utara front

My current workplace

When I was a waiter

When I was a waiter at the restaurant

me at the college

me at the college - budakpensel yang tangkap

Yes, dalam setahun, saya dah hadapi macam-macam perkara, konflik, suka duka, kesusahan, kepayahan dan berbagai lagi, dan semua ini mematangkan diri saya. Bukan mudah untuk membahagikan masa untuk belajar dan kerja. Juga untuk mengawal manusia apabila puan Noorlin memberikan saya kepercayaan untuk menjaga dan melaksanakan tugas yang beliau beri sewaktu beliau tiada di kedai. Sangat penat dan akhirnya saya berjaya hadapi sampai sekarang. Belajar juga bukan perkara mudah, subject Degree perlukan lebih fokus dan perhatian kerana banyak perkara perlu belajar dan dicedok sendiri, kadang-kadang rasa diri ini hampir putus asa, tapi saya tahu, saya yang bakal mencorakkan masa depan saya, dan alhamdullillah dengan segala kekuatan dan kemampuan yang ada, saya berjaya mengharunginya selama setahun. dan sekarang ada lagi setahun lagi. hopefully everything will according to plan. insyaAllah.. amin…

wassallam

Posted in My Anecdote | Leave a comment

Software File Transfer Protocol (FTP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada posting sebelumnya saya menyatakan bahawa mengenali software FTP ini adalah perlu. So, what is FTP all about? (eh, tetibe speaking lak hehe..) FTP atau File Transfer Protocol adalah salah satu protokol yang digunakan bagi membolehkan file di hantar antara komputer ke komputer berasaskan dalam talian (online). Ini adalah takrifan aku la eh. Jangan la pulak korang pi guna takrifan aku nih untuk jawap soalan exam atau buat rujukan. Tak valid yeee….. Untuk takrifan sebenar, anda boleh rujuk di dalam link ini.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, untuk membolehkan website kita boleh di layari secara online, kita perlukan webhosting dan menggunakan servisnya untuk meng”upload” website kita ke server mereka. Selepas daftar, kita akan dapat kebenaran untuk memasuki server mereka dengan menggunakan username dan password FTP. Saya akan shortlistkan beberapa software FTP yang percuma yang boleh anda guna sampai rosak komputer anda tanpa bayar sesen pun. Kalau rosak duit korang la ehh.. Ok, check di bawah, sila pilih software client ye..:-

Senarai software FTP (Klik pada nama untuk ke website mereka):-

Ok, kalau korang jumpa brand lain pon ok gak. Kalau berbayar itu selalunya ada extra features. Tapi kalau takat nak transfer2 file ni tak payah le beli. Download yang free sudah. Tutorial yang saya berikan ini saya akan gunak Filezilla FTP la eh sebab saya suka barang2 Mozilla dan senang saya nak guna. Moh kita belajor Filezilla!

Step 1 : Download!

Langkah pertama sekarang ialah download software filezilla yang client software. Kalau malas nak pergi website dorang. Korang klik la kat sini.

Step 2 : Install!

Langkah kedua ialah korang install la dia. Cemana? ala, start2 tu korang agree dan next2 aje.. senang!

Step 3 : Jom kenali paparan Filezilla!

Ok, lepas korang install. Supposedly bila software execute, paparan ini akan keluar seperti di bawah:-

Paparan Utama Filezilla

Paparan Utama Filezilla

Anda perhatikan gambar rajah di atas. Berikut merupakan paparan utama software Filezilla. Saya dah pecahkan pada beberapa bahagia berdasarkan nombor yang tertera paga gambar:-

  1. Acknowledgement Window (paparkan perkembangan pada software tersebut)
  2. Slot capaian talian dan minit tugasan
  3. Slot paparan pada komputer anda
  4. Slot paparan pada server anda
  5. Slot paparan status penghantaran

Sekarang ini ada sudah lihat overview tentang software ini. Sekarang saya nak terangkan secara detail akan setiap paparan tersebut. Acknowledgement Window tak perlu la saya terangkan, fokus kita sekarang pada perkara-perkara penting yang melibatkan upload file website.

Slot capaian talian dan minit tugasan

Slot talian dan minit tugasan

Slot talian dan minit tugasan

Orait, pada slot talian ini, ada lima perkara yang korang perlu ambil tahu ye. Tengok pada list di bawah:-

  1. Host (nama host yang akan anda gunakan)
  2. Username (username FTP untuk akses server)
  3. Password (password FTP untuk akses server)
  4. Port (port FTP untuk akses server)
  5. Quick connect (Sambung ke server)

Take note ye perkara ini. Slot ini membolehkan anda sambung ke server webhosting anda. Silap disini maka anda di boleh akses ke server tersebut.

Slot paparan pada komputer anda

Slot paparan pada komputer

Slot paparan pada komputer

So, bagaimana kita nak tahu paparan ini adalah paparan pada komputer kita? First thing, korang check ada tak perkataan “local site”, statement ini hanya paparkan file manager yang ada pada komputer kita. Apa yang terkandung dalam hard disk anda dan yang itu dia akan paparkan. Di sini juga menunjukkan anda berada di file mana, file apa yang ada dan size-size data yang ada di dalam file anda.

Slot paparan pada server

Slot Paparan Server

Slot Paparan Server

Actually, interface sama aje dengan local site cuma beza aje dia mentioned remote site. So, tak perlu pening2 ye.

Slot paparan status penghantaran

Slot Status Penghantaran

Slot Status Penghantaran

Pada paparan terakhir ini, korang boleh melihat progress transfer data di sini. Proses penghantaran file ini akan terjadi dua perkara iaitu berjaya atau gagal. Kalau berjaya, file akan berada pada remote server kalau gagal ianya adalah sebaliknya. Namun itu ada option untuk queue kan balik file2 yang gagal untuk ditransfer sekali lagi sehinggalah semua file berjaya ditransfer. Kita akan belajar transfer file website di masa akan datang. InsyaAllah.

Saya nak tido dah. lewat malam dah ni :p

Posted in all about webhosting | Leave a comment

Check list before upload website ke dalam server web hosting

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sebelum ini saya ada menulis tentang webhosting percuma yang saya temui di internet iaitu web hosting 000webhost. (Anda boleh baca posting tersebut pada linkini) Ciri-ciri yang ditawarkan oleh web hosting jarang boleh didapati oleh mana-mana syarikat yang menglaksanakan servis web hosting. Namun begitu, untuk upload website ke dalam server web hosting mereka, ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan untuk anda semua terutama pelajar KPTM yang ingin upload website mereka tanpa bantuan orang luar dan hanya merujuk pada blog saya sahaja. InsyaAllah saya akan buatkan posting untuk upload website semudah yang saya mampu.

Saya anggap anda semua sudah mengerti perkara-perkara asas tentang website dan juga database. Kalau pelajar KPTM, mereka sepatutnya sudah mengerti akan “localhost” di komputer sendiri, dimana terletaknya database, bagaimana PHP dan HTML berinteraksi dan macam-macam lagi. Namun begitu, seandainya anda orang luar yang ingin mengetahui akan selok-belok membina website atau mengupload website, insyaAllah saya akan buat posting untuk perkara tersebut seandainya ada masa lapang. Baiklah, di bawah ini adalah list 3 perkara yang perlu anda tahu dan buat sebelum upload website:-

  • Software FTP (File Transfer Protocol) untuk transfer file website ke server web hosting (Enter)
  • Daftarkan diri pada webhosting tersebut (Enter)
  • Semak website dan database anda (Enter)

Setelah anda melaksana ketiga-tiga perkara tersebut, barulah anda mulakan upload website anda ke server webhosting tersebut. Sila klik pada hyperlink “enter” di setiap ayat terakhir pada list tersebut. Namun begitu, saya belum lagi posting untuk ketiga-tiga perkara ini. Saya akan postkan ia dalam masa terdekat ini. InsyaAllah.

Posted in all about webhosting | Leave a comment

Road to Putrajaya (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sudah lama saya tidak menulis di Blog saya, bukan apa semenjak belajar sambil bekerja ini, masa terluang sangat terhad dan kebanyakkannya saya habiskan untuk buat assignment, berehat dan study. Tapi hari ini saya teringin berkongsi pengalaman saya menunggang motor dari Ipoh ke Putrajaya. Kalau ikutkan Google Map, jarak perjalanan dari Taman Cempaka, Ipoh ke PICC Putrajaya adalah sejauh 235KM dan selama 2 jam 48 minit. Tapi saya menunggang motor dan saya anggarkan hampir 550KM saya bergerak dan dekat 3 jam 30minit saya menunggang bagi sampai ke sana.

Kamu semua mesti tertanya apekehalnye nak pegi PICC naek motor nih kan? so, the reason why saya pergi ke sana adalah untuk menghadiri raptai Konvokesyen KPTM 2010. Saya telah berjaya menamatkan pengajian Diploma in Multimedia saya dengan baik dan sekarang adalah giliran saya untuk berkonvo. Ceritanya selepas saya tutup kedai, saya menghantar surat ke bos saya. Waktu itu dalam pukul 1pagi, lepas hantar surat dan saya pun borak-borak dengan bos. Borak punya borak dah terlajak pukul 4 pagi. Jadi saya pun balik siap-siap dan tidur. Saya terjaga dari tidu bila abang An kejutkan saya. Ehh! pukul 9 dah. Aduh tepuk dahi saya masa bangun tuh, cadangnya nak bangun dalam pukul 6 atau 6.30 pagi. Tidur sikit pon jadilah janji boleh sampai before 9 pagi. Last-last camtu la jadinya. Maka, kelam-kabut la mandi dan bersiap.

Kriss ready for long distance

Motor sebelum ride jauh-jauh

Lepas siap-siap, park motor kat luar dan panaskan enjin. Beg laptop letak dekat bakul dan baju2 letak dalam box motor. Oleh kerana hari kelihatan tidak hujan, maka saya pon tak bawa la baju hujan. Lepas enjin dah panas, baca bismillah dan saya gerak ke Restoran De Maya di Taman Cempaka untuk breakfast.. Makan takat Roti Telur dan air ape eh?? saya dah lupa daa… Sebelum bertolak saya telefon mak saya dan sms seseorang. Lepas selesai perkara itu, maka saya pun bertolak keluar dari Ipoh dengan menggunakan Exit PLUS Tambun.

Bila dah masuk highway, saya dah bajet petrol tidak cukup. maka saya berhenti di RNR Simpang Pulai hala Selatan dan mengisi Petrol di Petronas. Isi RM5 seingat saya masa tuh.

Isi petrol di RNR Simpang Pulai

Isi petrol di RNR Simpang Pulai

Petronas RNR Simpang Pulai

Petronas RNR Simpang Pulai

Lepas isi petrol dan takuk petrol pun melonjak ke “Full”.. Hati pon senang untuk menunggang. Bila nak keluar dari RNR, saya pun terus speeding untuk cruise motor ini supaya exceed speed 110KM/H. Tapi komer sume kena la ingat takat Kriss 100 E nih 110KM/H dia laju mane la plak.. hehe, itu la hati nih nak rembat Ninja 250r bila da mampu kelak. Kelajuan ini saya maintainkan bagi mengurangkan masa terbuang.

Speed 110KM/H

Speed 110KM/H

Haruslah korang ingat yang aku tak abes pulas throttle saya nih. Oh ye, jangan harap saya boleh cecah 140KM/H lagi. Lepas tukar timing chain isnin lepas, saya hanya memakai pelincir Castrol Power 1 Semi-Synthetic. Pelincir ini berat berbanding Syntium Moto SP. ERm, enough about the lubricant story. Dalam perjalanan ini, kereta tak berapa banyak bagi menuju ke selatan. Jadi saya pon menggatal ambil snapshot masa menunggang motor. Punyalah lenggang sampai boleh ambil gambar banyak kali hehe..

Back view

Back view

Jalan yang lengang

Jalan yang lengang

Tapi serius, pengalaman menunggan motor atas highway mengajar saya erti kesabaran. Kenapa eh? Walhal cuma menunggan je pon.. Ok saya list down kenapa saya kata ianya mengajar erti Kesabaran:-

  1. Perjalanan melebihi dari 1 jam (jika jalan jauh)
  2. Kenderaan lain overtake selalunya merbahayakan penunggang
  3. Penat dan cuaca panas(kalau siang) atau sejuk (kalau malam)
  4. tak laju

Actually banyak lagi sebenarnya tapi dah tak hengat. Orang selalu kata bahaya menunggang motor di highway. Tapi, bagi saya ianya adalah satu cabaran dan ianya sangat seronok! Petrol confirm jimat! KL-Ipoh cuma RM7 sahaja.. apa kes? haha.. kalau ada jammed di highway, boleh aje menyelit2 cam bawak di bandar. ermm… ngantuk la pulak.. nanti saya sambung kisah saya ketika menunggang ke Putrajaya.. InsyaAllah..

Posted in My Anecdote | Leave a comment