Air mata seorang wanita istimewa bagi diriku

Terlintas di hati untuk meluahkan salah satu perkara yang benar-benar menyentuh sanubariku,
bukan apa masa lunch tadi semasa menunggu member habis makan,
saya terfikir sejenak kisah-kisah lalu,
saya teringat kembali saya membuatkan awek saya menangis kerana saya,
dan bila setiap kali saya terdengar luluh hati saya mendengarnya,
kalau ada ego masa itu memang akan gugur masa itu juga,
kalau ada marah masa itu memang akan reda juga sehingga tiada,
kalau ada geram dan semua perasaan negatif itu akan hilang terus,
dan hati saya mula terasa sedih, berdosa, bersalah dan semua itu muncul hanya sekelip mata,
dan kalau saya tak menahan saya sendiri akan mengalirkan air mata saya hanya kerana seorang wanita,
rupanya hatiku juga lembut dan tidak sekeras keluli,
hanya ini berlaku pada orang yang tertentu sahaja,
itulah hati Muhammad Hafiz Bin Hussin.

Bila difikirkan saya merasa saya ini cukup bodoh,
saya menitiskan sendiri air mata orang yang paling mencintai saya,
orang yang selalu mengasihi saya, yang selalu menjadi tempat saya bermanja dan bercinta,
hanya kerana saya sendiri termakan dengan situasi yang menghimpit saya,
hanya kerana saya tak mampu menghadapi masalah dengan baik pada mas itu,
saya melukakan hati wanita yang saya cintai dan sayangi,
tanpa belas kasihan dan sayang,
terusku guris sebegitu tanpa memikirkanya,
namun setelah ianya terluka menangis,
baruku menyesal betapa pilunya,
ibarat saya sendiri melukakan hati saya sendiri,
kerana hati dia sendiri adalah hati saya juga,
dia sedih saya akan turut bersedih,
kalau dia menangis maka saya akan turut menangis,
tetapi sebab buta saya sendiri melakukannya tanpa memikir panjang,
itu baru satu dan belum lagi yang lain,
dan saat sekarang saya menaip ini saya berasa penuh bersalah dan hiba,
tapi apakan daya,
itu semua sudah terlakar dalam hidup kami,
tak mampu saya buang itu semua,
ianya tetap meninggalkan parut untuk diriku,
sebab diriku sendiri yang melukakannya.

Dan setelah apa yang berlaku,
saya sudah merasa nafas yang baru,
saya sudah terjaga dari tidur yang lama,
saya sudah membuka buku yang baru menutupi buku yang lama,
lepas ini saya tak mahu membuatkan mana-mana wanita yang saya sayang dan cintai,
especially mak saya dan awek saya,
menangis sebab saya,
saya sudah serik dah,
lepas ini saya berjanji dengan diri saya yang saya tak mahu lagi buat begitu,
sebab saya tahu,
saya hanya ada mereka ini sahaja yang benar-benar saya sayang dan cinta,
selagi mereka masih hidup,
saya nak berbakti pada mereka,
saya nak jaga hati mereka,
biar saya yang perit, sakit, disini namun jangan wanita ini,
mereka istimewa dalam hidup saya dan tak patut saya lukakan,
apa-apa yang berlaku pada mereka,
saya sendiri yang akan merana.

Ya Allah saat ini ku menulis lafaz ini,
maka ia adalah doaku,
maka setiap pada yang membacanya,
maka Engkau makbulkan untuk diri kami,
kami hanya manusia dan kami perlukanmu,
kerana kami hanya HambaMu,
makbulkan lah doa kami Ya Allah,

Untuk mu Ibu:-

Ya Allah, wanita ini adalah wanita yang menglahirkan aku dalam kesakitan dan kesabaran, yang membesarkanku dengan nilai kasih sayang, sabar mendidikku, mencari rezeki bersama ayahku, sehinggaku menjadi lelaki dewasa, maka dengan izinMu Ya Allah, Kau jadikan setiap saat dari sejak ku lahir hingga sekarang, kurniakan mereka rezeki, rahmat, keamanan, ketenangan, kebaikkan dunia dan akhirat Ya Allah. Dan jadikanlah aku dan adik-adikku anak yang Soleh dan Solehah agar kami boleh mendoakan yang baik-baik untuk mereka sesaat mereka dikubur sana. Agar ibu-bapa kami selamat dunia dan akhirat. Ya Allah, ibu kami dah banyak berusaha membesarkan kami maka ringankanlah beban dia, lindungilah dia dari api neraka, masukkanlah dia ke dalam syurga, atas IzinMu ya Allah Engkau memakbulkan doa kami, maka kasihanilah kami ini kerana kami adalah HambaMu. Tiada Tuhan melainkanMu yang menciptakan kami. Dan KepadaMu kami berserah.

Untukmu kekasihku:-

Ya Allah, wanita ini yang ku temui atas izinMu Ya Allah, tanpaku sangka dia menjadi seorang wanita yang sentiasa mendampingiku, menjadi teman ku suka dan duka, yang menjadi istimewa dalam hidupku. Maka lembutkanlah hatinya bagiku wahai Allah, seperti mana Engkau melembutkan besi bagi Nabi Daud. Limpahilah dirinya kasih sayangMu, limpahinya rahmatMu, ketenangan hidup dan kebaikkan-kebaikkanya yang ada di muka bumi ini. Ya Allah, kasihinilah kami ini, Engkau letakkan hati kami bersama, walau jauh kami tetap setia dan walau dekat kami tetap setia. Jadikanlah dia terbaik untuku, yang solehah dan mendengar kata, taat padaku, dan dialah isteri yang terbaik buatku kelak. Ya Allah, ciptakanlah kami kebahagiaan, kesetiaan, kemanisan dan ketabahan disaat kami masih bersama, bantulah kami untuk membawa cinta kami kepadaMu, kepada gerbang perkahwinan, kepada akhirat kelak, agar disyurga juga dialah temanku. Aku sayangkan dia, aku cintakan dia, aku rindukan dia. Makbulkan doa kami, kerana hanya dirimu yang mencipta diri kami dan cinta kami.

Bagiku mereka inilah insan yang istimewa untukku. Tak sanggup lagi aku melukakan mereka. Kerana Makna “air mata seorang wanita bagi diriku” ini tak mampu diungkap. Dan sebagai seorang lelaki, akulah yang akan menjaga setiap diri ini dari terjatuhnya air mata keranaku sendiri. Nauzubillah

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s