Bukan mudah untuk menjadi senang

Hari ini saya ingin bercerita tentang salah satu perkara yang selalu bermain di minda saya,
perkara ini selalu menjadi persoalan dalam hidup saya,
adakah untuk menjadi senang dalam hidup semudah yang di sangka?
hari-hari kita tengok di jalan raya,
perhatikan sahaja kereta dan motosikal,
ada yang menggunakan Proton, Perodua, Toyota, Mercedes, BMW dan juga Ferrarri,
kalau motor, ada yang gunakan Modenas, Honda, Yamaha, yang paling best Ducati,
Wow, kalau dah sampai guna Ducati dan Ferrari itu,
sudah bahagia dah rasanya diri ini,
bahagia buat sementara la sebab dah tercapai impian-impian memiliki harta mewah,
tapi kita tahu ke nak dapatkan apa yang diimpikan ini semudah yang disangka?
dan sebenarnya bagi diri saya,
saya katakan susah untuk menjadi senang, susah juga bila dah senang,
dan tiada yang mudah di muka bumi ini dan semuanya perlukan usaha.

En Saleh iaitu salah satu Bos kepada subsidiari syarikat yang saya bekerja,
saya lihat dia menggunakan Honda Accord model area 2004-2005 begitu,
bagi saya kalau dah menggunakan Honda Accord memang cukup mewah,
beliau juga pernah menghadiahkan saya 3 tie yang dia beli di UK,
memang cantik sangat-sangat tie ini dan saya agak harganya mesti kaw-kaw punya,
kadang-kadang beliau belanja staf-staf dia makan,
makan pon makan makanan yang agak mahal juga la,
faham-faham la area Damansara Perdana,
lunch pon paling murah leh cecah RM6-7 dan kadang-kadang harga ini belum tambah air lagi,
mesti banyak duit punyelah bos aku nih hehe,
tapi macam mana pula kehidupan dia?
kadang-kadang saya fikir orang yang mempunyai harta mewah dan banyak duit ini selalu hidup senang,
adakah ianya sesenang yang kita sangka ye?
pada tarikh 19 April 2010 jam 1320 di Damansara Perdana,
en Saleh ajak saya makan,
mula-mula nak makan kat Restoran Baloh tapi ramai pulak sebab lori jual nasi campur tak ada,
so kitorang pon beralih ke Restoran Fatmawati,
masa tengah tunggu makanan sampai,
saya pun memulakan bicara bertanya tentang dirinya,
Dia cerita dia bukanlah bos seperti yang saya sangka,
dia juga makan gaji macam saya juga(macam tak percaya je, tifuu ni…hehe),
kerja dia kena cari market dan cari project,
benda paling susah itu nak cari market kata beliau,
sebab kalau market tiada dan project tiada camne nak bayar nak dapat duit?
kalau takde duit macam mana nak bayar gaji pekerja?
kalau kerja programmer nih everybody leh belajar tapi kerja dia tak seberat kerja saya,
programmer bila dapat kerja buat la kerja itu sampai siap,
tapi kerja nak cari market ini la nak kena cari situ sana sini,
itu la kerja aku dan en Omar kata beliau,
apa yang dia cakap betul sangat-sangat,
macam kami ini kerja dok di office,
tension kejar masa nak siapkan task,
en saleh ni tension nak handle project, cari project dan deliver project,
kadang-kadang meeting sana sini nak cari market,
bunyi macam best sebab tak duduk kat office tapi siapa tahu beban yang dia pikul untuk company nih?
pergi sana sini balik lewat-lewat(slalu gak la tengok dia balik lewat),
tapi dia pun penat dan tension macam kitorang juge,
kadang-kadang lagi tension,
itu la walaupun harta dan gajinya banyak,
tapi beban dan tanggungjawap pon besar,
sesuai la dengan kereta besar beliau hehe(macam mengutuk aje)…
but that is the truth, kadang-kadang orang banyak duit bukan orang senang juga,
diorang pun susah cam kita,
tapi harta mereka itu kadang-kadang kita nengok macam dia orang senang tapi tak semestinya sebegitu,
mungkin ada aje orang yang dah kaya dan senang-lenang,
ayat yang saya masih ingat dari mulut en saleh kata ialah kalau aku tak kerja macam mana aku nak hidup?,
hehe..even a bos pon said that..
maka wahai kawan-kawan ku,
inginkan sesuatu maka usahalah,
takkan impian itu datang bergolek pada kita,
ada je datang bergolek tapi kita sendiri tak perasan,
lambat laun hilang peluang itu,
semoga ia menjadi iktibar untuk kita:)

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

4 Responses to Bukan mudah untuk menjadi senang

  1. Faezah Hanim says:

    my dear lil’ bro, adekah en saleh mngetahui dat u’re writing based on ur true xperience wif him?? hehe~ rndu saat2 leh brgurau snda & kutuk mngutuk ngan die..haha..a nice bos though..xleh puji bbyk, jap g trus pkai bmw kang bos sorg ni..moga evrybdy will success in wudevr we’re doing & putting d effort on..ganbate ne!

    • dune1989 says:

      wah, akak orang pertama la bagi comment dekat blog saya..harus berbangga ye akak..:) dia tak tahu punye yang saya write this article based on what he says..but apa yang dia cerita itu memang betul..anyway dia sihat je..last week dia, en omar dan kak mel pegi dubai..hehe..sonok dorang pi sana..tapi makanan mahal kat sana..dan by this time, kat sana tgh spring..so tak panas sgt..dia boss yang baik hehe..kelakar lak masa last time before akak pergi..leh lak gado2 ngan dia..:p

      adeh..klu dia tukar BMW haha..no comment la..hari tu first time naek kereta Honda Accord dia..huhu..best uu..smooth and steady..hehe..

      anyway what you say is like a prayer..hope everybody success in their live..insyaAllah..kita sama2 berdoa ye kak..

  2. rerNafPseus says:

    Just want to say what a great blog you got here!
    I’ve been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!

    Thumbs up, and keep it going!

    Cheers
    Christian, Satellite Direct Tv

    • dune1989 says:

      well then, I would like to say a lots of thank you my friend for giving your opinion about my blog. I actually new in blogging. So, I would like to learn new things and opportunity in blogging. Thanks a lot my friend:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s