Kisah tali leher

Tali leher pun ada kisah ke?
pelikkan saya nih macam tak betul aje hehe,
tapi memang betul la dan ianya berlaku pada pagi ini bertarikh 21 april 2010,
sebelum bercerita pasal tali leher,
saya nak flashback ke zaman-zaman batu ketika saya kecil lagi.

Sebelum ini pun saya tak pernah reti nak ikat tali leher,
kali pertama kena pakai tali leher adalah pada masa saya di darjah tiga dan masa itu jadi pengawas,
masa dapat tali leher ayah saya ajar macam mana nak ikatnya,
berapa kali tengok pun tak paham,
dekat kelas kawan saya Hadi mengajar saya ikat tali leher,
itu pun kurang faham lagi,
kemudian dengan tabah dan sabar saya cuba ikat dan lama-kelamaan tak menjadi hehe,
ada la jadi sket tapi tak cantik,
dengan malasnya saya pergi ke kelas dengan tali leher yang kemas,
kemas sebab kawan atau ayah yang ikatkan hehe..,
kadang-kadang saya pakai dekat berbulan-bulan dah nak lunyai baru bagi kawan ikatkan,
terukkan? haha..itu la saya masa dulu,
setelah berhenti menjadi pengawas masa darjah 4,
saya pun tidak la memakainya lagi sampai la saya tingkatan 2,
semasa tingkatan 2 saya menjadi pengawas pusat sumber,
sebagai seorang pengawas pusat sumber yang berkaki lebar(berkaliber),
saya pun melatih diri saya untuk selalu memakai tali leher,
tapi sebab dah lama tak reti ikat tali leher,
dengan bangganya menyuruh kawan atau adik-adik junior ikatkan,
perkara ini berlaku sampai la menjadi tingkatan 5,
dah jadi ketua pengawas pusat sumber pun tak reti ikat tali leher lagi,
ngok gile aku nih adeh…,
then sampai la aku jejak kaki dekat KPTM ini,
pun dari sem1 sampai sem5 tak reti-reti ikat tali leher,
kadang-kadang suruh salikin, suruh faiz, suruh siapa2 yang mampu ikat tali leher,
punye la tak reti sampai Rawaida belikan tali leher yang terus zip aje hehe,
best uu pakai tali leher itu,
simpan lagi dan masih pakai,
dan dah habis belajar pun tak reti pakai tali leher lagi,
dah kerja dah pun tak reti lagi…ngok gile ko ni apis oii!

sudah-sudah la flashback tu hafiz,
mari saya cerita kisah di pagi hari,
setelah hantar adik-adik kecil saya ke nursery,
saya terlihat tali leher warna kuning cerah pemberian en saleh,
hanya tali leher itu sahaja yang saya tak pernah guna,
dengan gigih saya mencapainya dan cuba mengikat,
pada permulaan ianya gagal dan tidak cantik,
teringat pepatah omputeh mengatakan “practice make perfect”,
dengan lafaz bismillah dan keyakinan yang tinggi,
maka terjadi la ikatan yang kemas dan cantik seperti gambar di bawah:-

tali leher ye..

terima kasih kepada ayah, kawan-kawan, en saleh dan abang Arie kerana memberi tunjuk ajar,
tak lupa juga kepada video di youtube(perghh, smpai tgk video tu..)..haha..kenangan indah dalam hidupku🙂

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s