Sekembalinya di Mimos

Semalam semasa menyiapkan kerja-kerja pada system,
paparan YM muncul dengan nama Kak Ida tertera,
Kak Ida suruh saya ke Mimos esok membantu Abang Arie akan kerja-kerja di Mimos,
dalam hati rasa gembira sekejap,
bukan apa dapat la merasa makanan yang sedap dan murah di cafe Mimos itu:p,
patutnya pergi Mimos timba pengalaman baru tapi kat sini rasa best pada makanan dia pula,
dalam kepala sebelum tidur dah set dah akan ke Mimos selepas fikirkan Rawaida.

Keesokkan paginya macam biasa bangun dari tidur,
mandi dan gosok baju serta solat Subuh,
lepas tolong mak ayah hantar adik ke nursery saya pun bersiap ke Mimos,
dalam hati apa yang dah berubah di Mimos setelah sebulan tak jejak kaki(rasanye la dalam sebulan),
semasa perjalanan ditempuhi(eceh ayat macam jiwang lak),
fikiran masih mengelamun ke sana dan ke sini,
tapi tetap fokus agar tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini,

berada di Mimos bukanlah suatu perkara yang mudah,
saya sendiri kena biasa bergaul dengan berbagai-bagai bangsa disini,
cina, india, indonesia, arab dan lain-lain,
walaubagaimanapun mereka memang baik-baik belaka,
bahasa yang selalu digunakan disini ialah bahasa inggeris,
kadang-kadang speaking dan kadang-kadang cakap bahasa Melayu,
tapi bagus kita mengenal orang berlainan bangsa dan memahami diri mereka bagaimana,
lagipun mereka pandai dan kebanyakkannya bertaraf degree sampai Ph.D,
wah, semua dah belajar tinggi ye dan saya disini antara paling muda,
umur pun baru 21 tahun yang lain mahu cecah 25-40 tahun,

Entrance

Setelah sampai di pintu gate Mimos,
saya berhenti sebentar dan memerhati sekeliling(padahal nak tangkap gambar..),
terasa di hati lama tidak menjejak kaki disini,
rindu rasanya tidak datang ke Mimos walaupun dalam jangka masa sebulan,
setelah itu saya pun memulas pendikit motor dan masuk dan terus ke tempat parking,
pada masa itu sudah pun pukul 8.45 pagi waktu Malaysia(bajet macam kat oversea lak..),
saya pun sms dekat teman wanita saya yang saya dah sampai ke Mimos,
di Mimos ini ada dua tempat parking,
satu untuk pelawat dan satu lagi untuk staff Mimos,
gambar di bawah yang saya tunjuk ini adalah untuk pelawat seperti saya,

Tempat parking la ngok!

kemudian saya mengorak langkah ke cafe Mimos,
perut pun sudah berkeroncong lapar dari rumah hanya minum air milo panas je,
memerhati keadaan sekeliling yang indah dan aman,
dan sampailah ke cafe Mimos,
hati pun gembira dengan wajah ceria serta senang hati saya mengorder nasi lemak,
tapi tak macam nasi lemak pon,
kamu semua tengoklah

sarapan la ngok!

nasi lemak saya ada kacang, baked bead(ganti sambarl) dan telur goreng(ganti telur rebus),
air pula adalah air teh halia nak buang angin dalam perut hehe,
sambil itu buka la laptop di sisi tengok forum cari dan facebook,
apa-apa perkembangannya dan kasi reply itu orang punya reply,
lagipun tengah tunggu abang Arie sampai,
makan-makan dan saya pun kenyang.

Oh ye sebelum saya lupa,
saya ada perasan bas Mimos,
bas dia sangat menarik kerana habes semua tingkap pemandu kena bungkus ngan wallpaper,
tak percaya ini la dia,
Bas la ngok!

kalah bas KPTM nih dan sangat dahsyat,
tapi rasanya tak kalah kot,
sebab bas KPTM ada cctv haha,
anyway, for a long time saya tak jejak kaki ke Mimos,
tapi bila kena datang rasa gembira pula,
lagipun bukan selalu dan entah2 pasni tak masuk dah,
bulan7 nak sambung degree dah,
insyaAllah saya berharap apa-apa ilmu dan pengalaman disini,
saya dapat terap dan aplikasikan di kehidupan dan pekerjaan saya kelak,
thanks to My-Partners Sdn Bhd because give me a chance to work in the Mimos🙂

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s