Skeptikal, perlu ke sebenarnya? (part 1)

#$%Bank servis sangat teruk, memang teruk #$#Bank nih. Bagus lagi bank $#@Bank.
Kereta #@$%$ hampeh, rosak sana rosak sini, buang duit aku je. Bagus lagi Toyota.
Orang negeri #$@%@% memang macam tu, suka sangat berpuak-puak, kalau boleh dengan geng-geng dia aje.
#@$@% punya Mercedes, highway ni 110KM/H aje la..tak payah bawak laju2…mangkok!

Kata-kata ini sudah menjadi lumrah di dunia,
bila timbul ketidakpuashati terhadap sesuatu,
mula mengeluarkan kata-kata ini bagi mengekpresi apa yang dirasa,
tambahan pula menghadapi sesuatu perkara-perkara yang buruk,
namun hanya di Malaysia ye sebab ayat ini di perkatakan dalam Bahasa Malaysia,
kalau ada di tempat lain maaf saya tidak tahu :p

Perlu ke kita nak simpulkan sesuatu hanya terhadap sesuatu perkara sahaja yang berlaku di depan mata? Perlu ke kita nak tuduh satu bangsa ini sebegini apabila segelintir yang membuat onar?
Perlu ke kita nak burukkan sesuatu produk kerana segelintir produk itu teruk?Apa yang saya lihat perkara ini mampu memburukkan keadaan pada diri sendiri dan menyebabkan diri sendiri terhimpit dengan tanggapan sendiri yang belum tentu lagi benar dan terbukti. Sebenarnya skeptikal ini mampu member impak yang sangat besar dalam kehidupan manusia itu sendiri sejurus meranapkan apa yang ada tidak kira benar atau tidak sesuatu isu itu dijaja oleh sang penjaja.

Situasi zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman dahulu dari pelbagai segi seperti kemudahan, teknologi, emosi, dan lain-lain. Kemajuan teknologi yang semakin membangun mempengaruhi corak pemikiran dan interaksi sesame manusia. Saya ambil contoh satu perkara iaitu tv atau televisyen(ada ke orang tak tahu makna tv?). Dahulu mana ada sangat tv nih, tak semua orang ada. Nak beli pun mahal gila dan dulu mana la orang banyak duit sangat. Sekarang bila ada pekerjaan tetap majority kat Malaysia ini ada tv. (Kalau takde maaf ye, saya tak cakap kamu miskin tau. Takde rezeki hehe…) Jadi, TV sebagai media utama untuk menyampaikan maklumat. Apa-apa berita yang disiarkan selalunya orang akan percaya kerana secara amnya apa yang dilaporkan itu betul. Andai kata yang dilaporkan itu berita merompak, dan perompaknya adalah orang Filipina, percaya atau tidak, kebanyakkan orang akan fikir “mesti orang Filipina ni kaki rompak”. Bila kita tengah memandu kereta, kemudian nampak penunggang motor naik motor RXZ bawak laju atas highway, percaya atau tidak orang akan kata “Mat rempit la ni..” tambahan pula pakai helmet cap ayam dan baju tak seberapa cantik. Perkara ini bukannya berlaku pada orang lain, malah diri saya juga pernah berkata sebegini.

Dari skeptikel ini juga mampu menimbulkan fitnah iaitu salah satu dosa besar yang boleh berantai-rantai seperti mendapat keuntungan dalam MLM setelah setiap seorang mempercayai sumber yang diperkatakan oleh seseorang dan dosa itu kian bertambah selagi ada orang mempercayainya. Dahsyat sungguh kesan skeptikal ini ya? Haha, itulah lumrahnya dan kadang-kala digunakan bagi menjatuhkan sesuatu organisasi atau individu yang berpengaruh atau baru sahaja hendak naik. Contohnya yang saya nak bercerita sekarang ini ialah bank. Bank apa? Haha, Tanya kawan saya, saya ini pro bank manaJ.  Di Forum Cari saya pernah terjumpa beberapa benang atau thread yang isu tentang servis bank tersebut. Apa yang ditulis disitu menggambarkan apa yang mereka hadapi sewaktu di bank itu. Mereka kebanyakkannya menghadapi kesukaran dan komplen pasal servis bank tersebut. Setelah mereka puas mengatakan itu dan ini serta seluruh isi hati mereka, maka mereka pun bertanya pada orang lain. Dan orang lain itulah yang menceritakan pengalaman mereka dan mereka saling bertukar-tukar idea dan pendapat. Sebenarnya setelah mereka mula bercerita, mereka melihat ada sebahagian menghadapi situasi sama dengan mereka. Maka, dengan itu terciptanya skeptikal pada bank tersebut walaupun hanya satu onar sahaja yang mereka hadapi pada bank tersebut. Mereka komplen untuk keluarkan wang pada mesin ATM sampai satu takat kena bayar 50 sen tolak dari akaun mereka, mereka komplen nak dapatkan statement kad kredit pun lambat dari pegawai bank, dan servis slow serta macam-macam lagi. Dari perkara ini, mereka bertukar-tukar cerita sehinggakan terciptanya cerita baru. Kalau anda faham apa yang belajar dalam sejarah, kalau kita nak tahu sejarah sumber dari mulut orang agak susah untuk diterima khuatir sudah ditokok tambah dan berubah. Maka seperti itulah yang digembar-gemburkan oleh mereka. Kenapa saya kata mereka menimbulkan fitnah? Mereka menjaja cerita terbaru mereka yang dihasilkan setelah berkongsi-kongsi dengan rakan sepengalaman. Cerita itu jauh dari apa yang mereka hadapi sebenar dan kadang-kala secara mereka sedar atau tidak, demi menjadikan cerita itu menarik, maka tertambah la perisa-perisa yang kebanyakkannya menambah buruk lagi imej bank tersebut. Dan mencop secara keseluruhan bank itu memang teruk. Dari sini kita dapat perhatikan bahawa ia bagaikan MLM dan secara tidak lansung untung-untung dan bonus dosa mencurah masuk bagai hujan lebat selagi ada orang mempercayai cerita sensasinya. Padahal, perkara itu kecil sahaja tapi kesalahannya macam nak musnah satu dunia. Itulah lumrah yang saya lihat semasa saya hidup sekarang.

Selepas ini, saya akan menulis apa feedback saya dapat bila saya cuba menegur apa yang mereka perkatakan dan apa yang mereka hentam pada saya. Dan kenapa saya kata skeptikal ini tak salah tapi merbahaya. Selain itu, apa yang patut berada di fikiran kita bila terasa ingin skeptikal. Sila ikutinya wahai kawan-kawan ku hormati. Terima kasih kerana sudi membaca.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s