Skeptikal, perlu ke sebenarnya? (part2)

Alhamdullillah ada masa lapang sedikit untuk saya menulis perkara skeptikal ini. Mari kita berbalik pada kisah bank. Saya petik balik isu masalah individu tersebut yang menyatakan dia sukar untuk berurusan dengan bank itu dan servis dia kurang memuaskan. Ingat dua perkara itu, sukar untuk berurusan dan servis kurang memuaskan. Namun setelah ditambah dengan pengalaman dan pendapat orang lain, maka kisah dia yang bermasalah dengan bank pun berubah. Dan cerita yang disampaikan pada orang lain pun berbeza dari apa yang dia hadapi semasa di bank. Walaupun dia tidak meneruskan untuk bercerita di forum, namun saya percaya dari segi posting dia dan gaya dia penulisannya menampakkan yang dia akan menceritakan pada orang lain. Sedangkan pada posting dia dan posting orang lain menunjukkan mereka menyimpulkan bahawa bank ini memang teruk walau dimana-mana cawangan pun. Jika kita rujuk diri kita pun, kita nak menyampaikan sesuatu pada orang, kita akan bercerita perkara yang ringkas juga kan? Dan sama lah mereka akan ringkaskan yang bank ini teruk, bank itu teruk. Tidak ke dinamakan fitnah itu? Servis yang teruk hanya di kawasan dia pergi, mungkin kebetulan pula system down atau teller yang melayannya ada masalah peribadi. Jika suatu tempat itu teruk, tidak bermakna tempat lain juga teruk. Masuk akal tak apa yang saya cuba beritahu ini?

Setelah membaca setiap posting mereka, maka saya menyatakan bahawa tidak semua cawangan sebegitu. Saya pergi di mana-mana bank tersebut untuk berurusan, saya mendapat layanan yang baik dan professional. Servis baik walaupun ramai pelanggan, mereka (Teller) penat namun masih mampu menghasilkan senyuman di wajah mereka. Ibu saya seorang pegawai bank di situ pernah bercerita ramai orang luar (foreigner) puji servis bank itu dan kadang-kala jauh lebih baik dari bank di Negara mereka. Ada di antara mereka setuju dengan kata-kata saya. Takkan semua cawangan sebegitu, lain orang lain ragam. Ada rezeki dapatlah Teller atau pegawai yang baik dan peramah, ada rezeki servis lancarlah. Namun sedih buat sesetengah dari mereka, mereka terus menyangkal apa yang saya perkatakan dan melabelkan semua bank di Malaysia teruk. Bahkan ada yang mengatakan apa yang ada di Malaysia ini teruk. Sungguh tidak bersyukur manusia itu, hanya kerana beberapa perkara dia mencop semua perkara teruk. Selain itu, tak mustahil dia akan menyimpulkan perkara lain teruk apabila dia menceritakan pada orang lain. Yang bahayanya ialah dikhuatiri apa yang disampainya tidak benar. Jika tidak benar maka ianya fitnah. Bila fitnah maka berdosalah dan bertambah lagi bila khabar disampaikan diteruskan kepada orang lain. Saya bukanlah hendak mempertahankan bank tersebut kerana ibu saya bekerja di sana, akan tetapi kita boleh fikir takkan ada yang serupa di dunia ini. Tidak semua orang sama, dan tidak akan semua bank melayan pelanggan dia teruk. Kita boleh bercerita apa yang berlaku pada kita, tapi kita tidak perlu menokok tambah dan menyimpulkan sesuatu tanpa usul periksa. Apa gunanya akal kalau tidak digunakan? Betul tak?

Pada pandangan saya, skeptikal ini bukanlah suatu perkara yang baik untuk sesetengah situasi. Adakalanya ia bagus namun di mata saya ia lebih kepada keburukkan dari kebaikkan. Mari kita renung balik, bila orang memperkatakan sesuatu perkara yang buruk tentang kita, kita mesti terasa marah bukan? Lagi-lagi orang menokok tambah keburukkan kita sedangkan kita sendiri tidak melakukannya. Samalah dengan perkara ini dengan isu bank. Bank tersebut bertanggungjawap untuk menyimpan wang kita dengan baik dan merisikokan mereka untuk menjaga wang kita, namun hanya beberapa perkara yang kurang memuaskan hati, kita hambur dan tuduh mereka dengan perkara-perkara tidak benar. Dengan percuma kita mendapat habuan di akhirat kelak dan bukan habuan pahala namun dosa. Lagi bertambah dosa bila cerita itu bergerak dari seorang ke seorang. Implikasinya mampu menjadi lebih parah apabila bank itu sendiri berjaya memberikan yang terbaik namun orang menafikannya kerana cerita-cerita tidak benar tersebut. Hal ini disebabkan pemikiran orang sudah di setkan sebegitu setelah cerita yang dijaja itu berjaya meyakinkan orang yang mendengar ceritanya. Lambat laun ramai orang tidak dapat memanfaatkan perkara yang terbaik ditawarkan oleh bank tersebut. Selain itu, bila diperkatakan tentang skeptikal, orang sudah memandang buruk terus pada perkara tersebut tanpa memikir secara mendalam. Puncanya adalah dari kesimpulan yang dibuat oleh diri sendiri atau orang yang menceritakannya. Pemikiran mereka ini sudah tertutup dengan kesimpulan yang mereka sendiri buat. Adakah anda nampak kesan berantai skeptikal ini? Hanya bermula dari suatu perkara biasa namun ia mampu menjadi suatu perkara yang sangat serius sehingga mampu menjatuhkan mana pihak dalam beberapa ketika.

Anda sendiri sudah nampak betapa buruknya keadaan bila kita skeptikal, contoh bank yang saya berikan itu kita boleh aplikasikan pada mana situasi. Pada diri kita, pada perkara itu dan perkara ini. Saya sendiri cuba mengelakkan diri saya dari skeptikal. Jadi, saya ingin berkongsi bagaimana kita hendak mengelakkan diri kita dari terus bersikap skeptikal.

Setahu saya bahawa sangkaan itu mampu membawa dosa. Setiap sangkaan buruk itu sebenarnya membuatkan diri kita secara tidak lansung menyatakan sesuatu yang belum pasti betul atau tidak terhadap sesuatu perkara. Lantas, tanpa usul periksa kita membenci perkara itu. Maka mari kita tanam sifat dalam diri kita supaya bersangka baik dalam setiap perkara. Tidak kiralah di mata kita benda itu kelihatan sangat teruk atau tidak. Perkara ini diterangkan dalam hadis di bawah:-

“Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara” –Sahih Muslim-

Hadis ini dah menerangkan agar kita menjauhi sebarang buruk sangka dan memutuskan silaturrahim. Kalau hadis sudah menyatakan begitu maka patut kita mengikutinya. Mungkin bukan terus kita mengubah namun secara sedikit demi sedikit insyaAllah kita mampu buat. Bukan apa, bila bersangka buruk ini kita sendiri seolah-olah menempah dosa. Dan secara tidak lansung kita menyumpah-nyumpah orang tersebut walaupun kita tidak tahu dia bukan sebegitu. Malah, kita boleh memutuskan hubungan silaturahim secara sengaja atau tidak selepas kita skeptikal pada individu tersebut. Semua orang ingin diri mereka selamat, semua orang tidak mahu kesusahan, mungkin hanya beberapa perkara orang cop individu itu bermasalah, kita semua tidak mahu berkawan dengan dia. Sedangkan dia bukan sebegitu atau memang ingin berubah. Lihatlah betapa bahayanya skeptikal itu. Itu baru orang tersebut, andai diri kita yang terkena bagaimana? Sangat susah untuk membetulkannya. Perkara ini harus kita mulakan dengan diri kita, ubah diri kita dan elakkan diri dari mula memandang buruk terhadap apa perkara di dunia ini tanpa usul periksa. Set dalam minda bahawa semua perkara adalah baik-baik. Hentilah memandang individu yang belum kita kenal sedalam-dalamnya dan cop dia dengan perkara-perkara tidak baik atas kekurangannya itu. Dan juga jangan kita jauhkan diri dari seseorang atas kekurangan dia atau atas kesilapannya yang lalu, mana tahu dia sudah berubah dan ingin mulakan hidup baru. Maka berikanlah dia dorongan agar dia mampu berubah ke arah yang baik. Hidup ini kena banyak bersabar. Anggap apa yang berlaku itu semua kehendak Allah SWT dan salah silap terdahulu kita ambil iktibar. Baiki kelemahan kita pinta agar Allah membantu kita. InsyaAllah, mudah-mudahan kita mampu berubah. Saya akui, skeptikal tidak mampu hilang di dunia, namun jika di ambil pendekatan walaupun hanya beberapa orang, insyaAllah ia mampu merubah sedikit demi sedikit. Apa yang penting kita kena percaya pada Allah SWT, tak kiralah jika mengambil apa-apa keputusan atau mengalami kesulitan dalam setiap hidup kita dengan manusia, anggap kita sedang diuji kesabaran dan keimanan. Kita juga manusia dan orang kita menghadapi masalah juga manusia. Bersangka baik dengan mereka insyaAllah kita dapat menghadapi dengan mudah. Wallahualam, sekadar pendapat dan nukilan dari hati saya.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s