Kenapa masih memilih?

Jangan memilih untuk mencari pekerjaan

Pada hari sabtu pada tarikh 24 april 2010, syarikat yang saya bekerja mengadakan sebuah event temuduga besar-besaran dengan kerjasama beberapa syarikat lain terhadap bekas graduan. Bekas graduan ini telah menjalani beberapa program yang kami anjurkan bagi memantapkan lagi kemahiran kendiri mereka untuk memberi mereka keyakinan agar mampu menghadapi temuduga dan mampu menyesuaikan diri mereka dalam dunia industri. Saya bukanlah salah seorang yang memberi latihan kepada bekas-bekas graduan ini namun saya Cuma menjadi salah seorang pengendali event itu. Saat melaksanakan tugas saya, saya masih terfikir kenapa mereka masih lagi memilih?

Bekas graduan yang menyertai program ini terdiri dari pelajar yang mempunyai sijil, diploma dan degree. Mereka juga datang dari pelbagai negeri. Ada yang datang dari KL, ada juga yang dari Kelantan. Bagus mereka ini dan saya kagum, walaupun jauh mereka sanggup datang dan tidur semalaman walaupun terpaksa tidur di hotel. Pemakaian mereka juga bagus juga namun ada segelintir masih memakai pakaian yang kurang sesuai. Sepatutnya mereka memakai pakaian formal atau casual bersesuaian seperti ingin pergi temuduga, namun sebaliknya ada yang memakai pakai seperti seluar jeans, kasut sukan, selipar dan pakaian-pakaian yang tidak sesuai untuk temuduga. Pada saya, sikap ini dah member gambaran pertama yang buruk pada mereka sendiri dari kaca mata seorang penemu duga. Mereka seolah-olah seperti memandang remeh akan isu temuduga ini sedangkan inilah waktu kita ingin memberi gambaran pertama yang baik pada orang yang kita ingin bertemu duga.

Bila saya menjaga giliran mereka untuk di temu duga, saya acap kali bertemu dengan graduan-graduan yang berkata sebegini:-

“Saya tak berminat nak kerja company ni, saya bukan bidang tu”

“Saya nak interview company itu je, yang lain tak nak”

“Tak nak la company tu, saya tak tahu apa jawatan dia bagi”

Saya cukup hairan denga mereka ini. Kenapa masih lagi ingin memilih pekerjaan? Bagi saya, mereka harus sedar bahawa ada ramai lagi graduan yang masih menganggur dan tiada pekerjaan. Kenapa diberi peluang masih lagi menolak? Depan mata orang ingin interview namun masih lagi memilih ikut apa yang  mereka kehendaki. Kasihannya, baik diberikan pada mereka yang lain yang memerlukan pekerjaan. Ada juga di antara mereka hanya datang mengisi boring dan terus balik tanpa menjalani sebarang temuduga. Adakah mereka ini tidak memikirkan masa depan mereka? Kenapa perlu balik? Kenapa tidak sahaja pergi semua temuduga yang ada? Ada rezeki dapatlah di antara mana-mana syarikat yang berkenan dan peratus untuk ditolak adalah rendah. Mereka hanya memikirkan tiada pekerjaan yang mereka minat atau tiada pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Cubalah untuk fleksibelkan diri dan jangan memilih kerja. Walaupun kita ada degree dalam business study, tapi tak bermakna kita tak mampu perform dalam marketing? Kita juga boleh belajar dan mencari pengalaman baru dengan kerja yang bukan dalam bidang kita. Kalau tidak tahu kita boleh bertanya dan semua maklumat boleh sahaja di cari di internet atau Tanya terus pada staff yang lebih senior. Takkan mereka tak mahu membantu staf baru dan mereka amat memerlukan kita untuk menyiapkan kerja-kerja mereka juga. Selain itu, mereka juga boleh mencuba syarikat-syarikat lain untuk temuduga dan peratusan untuk dapat kerja adalah tinggi. Mana tahu mencuba di sepuluh syarikat, mungkin dua atau tiga syarikat ingin kita menjawat jawatan-jawatan tertentu. Sangat mudah bukan dan ianya memerlukan sedikit kesabaran untuk menempuh kesemua temuduga. Lagipun sekarang bukan mudah untuk mencari kerja, dan jika kita menolak di depan mata belum tentu akan datang kita akan dapat yang lebih baik dari ini. Saya tidak mengecam tindakan mereka akan tetapi saya merasa mereka rugi kerana kami ingin membantu mereka untuk mendapatkan kerja namun mereka sendiri tak mahu membantu diri mereka. Kalau bukan kita yang patut ubah nasib kita, maka siapa lagi? Fikir-fikirkanlah. Janganlah memilih pekerjaan dan cuba untuk mencuba nasib di mana-mana pun. Rezeki perlu di cari dan buka datang bergolek.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

2 Responses to Kenapa masih memilih?

  1. hadi hazman says:

    Salam tuan, ulasan yg sangat baik.Pendapat saya terjadinya graduan memilih sangat ni sebab mereka masih baru dalam hidup dan tidak berpengetahuan luas,mungkin sesetengahnya hanya ‘masa’ dapat mengajar dan menunjukkan mereka apa kesilapan mereka telah lakukan.

    Tentang DSLR yang tuan tanyakan pd site saya di :http://peninjau.blogspot.com/2010/04/new-arsenal-to-help-me-in-photography.html , biar saya nyatakan disini. Tuan pun boleh memiliki kamera ini, beli saja yg entry level, atau dalam bahasa kasarnya yang ‘tak seberapa power’. Semua pic saya shoot tu guna DSLR yang paling murah dalam class DSLR (jenis Canon) iaitu Canon model 1000D sahaja, utk first hand tuan boleh dapat bawah RM 1700 (kalau tak silap utk harga masa sekarang).

    Ya..semua pic sana semua saya shoot sendiri (kecuali saya nyatakan sumber nya maka pics itu bukan saya shoot). Tuan juga boleh hebat dlm bidang ini kalau tuan ada passion utk maju. Saya start bidang ini dengan tangan kosong dan tiada seorang pun kawan dlm bidang fotografi, namun pembacaan dan join forum sikit2 serta perasaan minat yg sentiasa membara utk menghasilkan ‘masterpiece’ yang setanding dengan fotographer photographer professional sentiasa membara setiap kali saya bangun tidur…
    Tuan juga boleh…
    Kerana saya join fortografi ini, 3 org sahabat saya juga telah terikut2 dengan fenomena ini dan mereka semua telah membeli DSLR baru malahan jenis yg lebih baik drp apa yg saya miliki. Dengarnya ada lagi sorang yg coming soon akan join juga. Yg penting minat…OK

    • dune1989 says:

      waalaikummussalam,

      astaghfirullah jangan panggil saya tuan dan saya masih muda lagi. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat akan apa yang saya nukilkan pada blog saya. Saya cukup setuju dengan pendapat kamu bahawa mungkin masa mampu menjadi pengajar yang baik buat mereka. Mungkin mereka masih lagi berada di takuk yang lama dan tidak mahu berganjak lagi dari zon keselesaan mereka itu. Namun saya kasihan pada mereka sebab kami ingin menolong mereka dapatkan pekerjaan namun mereka sendiri tidak mahu memberi kerjasama yang baik dan masih lagi memilih pekerjaan.

      Astaghfirullah dalam RM1700 ye camera itu, agak mahal. Nampaknya saya perlu kumpul duit untuk memilikinya buat masa ini. Hasil image yang dihasilkan memang cantik. Kalah camera digital kotemporari. Jadi encik mulakan dengan tangan kosong ye. Saya kagum dengan encik kerana mempunyai semangat sebegitu. saya berharap encik mampu maju ke hadapan lagi dan memantapkan skill encik. InsyaAllah mana tahu akan datang saya pula akan addict dengan hobi ini, saya ini jenis cepat berminat dengan sesuatu perkara yang bagi saya rasa menarik. Saya minat memanipulasi image dengan photoshop, saya minat programming, saya minat tentang mekanikal enjin, saya minat motor dan juga kereta. Tapi itulah, takkan semua saya nak minat hehe..

      walau apapun, terima kasih kerana sudi menceritakan apa yang pengalaman encik. Nanti ada apa-apa boleh saya rujuk encik tentang camera DSLR ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s