Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung denganMu dari hasutan Syaitan yang direjam.

Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu maha kerdil lagi lemah dan tidak bermaya. Aku mohon kepadaMu supaya Kau ampunilah dosa-dosaku. Dosa yang aku lakukan ketika sedar juga dosa dari niat yang terlintas di dalam hati yang cukup lemah ini. Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan. Sesungguhnya aku ini adalah hambaMu yang lemah, selemah-lemah makhluk kejadianmu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kaulah maha pengasih dan penyayang. Kaulah maha agung lagi maha bijaksana, maha Esa lagi maha berkuasa atas segala yang melata tumbuh di bumi dan yang menghiasi langit siang dan malam. Kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, jangan Kau jauhi aku dari lautan keredhaanMu, jangan Kau tutup pancaindera-pancainderaku dari melihat kebesaranMu, dari mendengar rahsia keagunganMu, dari menghidu wangi-wangian syurgaMu, dari menyentuh keajaiban ciptaanMu dan dari merasai kenikmatan kasih sayangMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku janganlah Kau ragui keimanan dan ketaqwaanKu terhadapMu Ya Allah dan janganlah  pula Kau izinkan hati ini dipujuk supaya memilih jalan kesesatan akibat dari hasutan Syaitan.

Ya Allah, sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu. Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya Allah, sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu. Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya. Sekiranya suami ku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah, Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu. Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu, aku buta tanpa bimbinganMu, aku cacat tanpa hidayahMu, aku hina tanpa RahmatMu.

Ya Allah, kuatkan hati dan semangatku, tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu bimbinglah aku menjadi isteri Soleha, hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan kerana aku pasrah dengan dugaanMu, kerana aku sedar hinanya aku, kerana aku insan lemah yg kerap keliru, kerana aku leka dengan keindahan duniamu, kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu, kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

tribute to Temantidox di forum cari..

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Muhasabah diri. Bookmark the permalink.

One Response to Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu..

  1. dune1989 says:

    Bagiku wanita yang bergelar isteri adalah teman yang paling ku impikan dalam hidupku. Inginku kongsi segala-galanya dengan dia. Kerana ku impikan dirinya untuk menjadi teman hidupku di dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s