Masalah itu adalah cikgu kita

dah mengong

Masalah takkan pernah tamat, kita hanya mampu meminimakan implikasinya pada diri kita. Namun jangan sampai jadi sebegini

Baru-baru ini saya ditimpa masalah yang besar dalam hidup saya. Pada tarikh 27 April 2010 saya telah merosakkan sebuah jentera Kawasaki  zzr 250 milik teman sepejabat saya iaitu abang Saiful. Kerosakkan pada jentera tersebut ternyata memberi impak pada diri saya dan teman sepejabat saya ini. Perkara ini secara tidak lansung menyusahkan kami. Dalam hati saya setelah jentera itu sendiri tidak boleh dihidupkan setelah ke bengkel sudah merasa takut dah bersalah. Bukan murah untuk membaiki jentera besar ini dan kosnya pasti besar. Namun, abang Saiful kelihatan tenang sahaja dan berkata bahawa ” benda nak jadi, nak wat cemane? Jangan risau ye hafiz” dan kata-kata ini bagi saya tidak mampu untuk menghilangkan rasa bersalah saya. Tapi, saya teringat kata-kata kak Ris iaitu selaku PA bos besar syarikat saya bekerja yang dia menyatakan bahawa masalah itu adalah satu cabaran. Dan cabaran itu yang menyuruh kita berfikir bagaimana nak menyelesaikannya dan hasilnya kita akan dapat ilmu dan pengalaman yang mampu mematangkan kita.

Dalam hidup ini kita saling bergantungan dengan mahkluk-mahkluk lain di muka bumi ini. Interaksi sesama kita secara tidak lansung menimbulkan berbagai-bagai perkara dan salah satunya ialah masalah. Tapi kita jangan lupa, Allah SWT berikan kita dua perkara semasa kita hidup di dunia ini iaitu “akal” dan “nafsu”.  Bila ditimpa sesuatu musibah, masalah atau apa-apa perkara yang serabutkan kepala kita, kita hendaklah tenang dan sabar. Kita tuding pemikiran kita agar bersangka baik dengan masalah tersebut. Anggap kita sedang di uji oleh Allah SWT dengan kesulitan tersebut. Secara amnya, kita akan nampak masalah itu adalah bebanan dan perkara tidak baik bagi kita. Namun, adakah kita pernah terfikir bahawa jika kita tidak menghadapi masalah tersebut maka kita tidak akan tahu dan tidak akan belajar apa-apa dari sesuatu yang ada di muka bumi ini. Saya nampak bahawa masalah itu juga salah satu sumber ilmu yang secara tidak lansung mengajar kita akan perkara tersebut. Mari saya ulas akan apa yang saya cuba maksudkan ini.

Saya sebelum ini tidak pernah menyentuh dan tahu apa-apa akan jentera sebesar 250 CC ini. Walaupun ianya kategori motosikal dan mempunyai asas yang sama dengan mana-mana motosikal namun kategorinya sebagai “sport tourer” sedikit sebanyak mempunyai kelainan dengan motosikal yang lain. Apa yang ku dapat belajar dengan masalah ini ialah motor ini tiada penghidup tendang (T_T). Nak hidupkan enjin perlukan tekan starter dan jika tekan starter enjin tidak hidup-hidup dalam 3 kali, maka relaks dahulu dalam beberapa minit. Setelah itu baru cuba atau implikasinya mampu menjahanamkan bateri dan juga fiusnya. Kalau ingin menggunakan motor besar-besar ini, harus kena set dalam minda bahawa petrol perlu sentiasa ada setengah atau penuh bagi mengelakkan kita terpaksa menunda akibat kehabisan petrol. Jentera ini agak berat juga dan kalau tidak silap mencecah 150Kg. Bak kata kak melisa, motor besar poket pon kena besar. Jadi, haruslah saya kena set dalam minda jika ingin beli motor ini haruslah poket besar penuh dengan duit hehe… namun ianya tidaklah besar kos penjagaannya jika kita mematuhi sela masa penyelenggaraan dengan baik. Jagalah ia seperti kita menjaga diri kita atau awek/pakwe kita. Tanpa dia siapalah kita..eceh jiwang lak..

Namun itu, perkara paling besar yang saya teringat ialah setiap masalah itu sebenarnya Allah SWT sedang menguji keimanan kita dan ingin melihat sejauh mana kita mampu bersabar dengan ujianNya. Kita sebagai Hamba Allah SWT takkan lari dengan ujian-ujianNya dan kita sebagai manusia harus menempuhi dengan menggunakan akal fikiran kita. Pilihlah penyelesaian yang terbaik dan setiap keputusan dan tindak-tanduk haruslah sebaik-baik keputusan dan selebihnya itu kita berusaha dan tawakal. Sebagai umat Islam kita wajip bersangka baik pada Allah SWT akan apa yang ditentukan olehNya dan kita wajip percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahNya. Kita sendiri mengetahui bahawa iman bererti percaya. Jika kita mengaku kita beriman pada Allah SWT maka kita wajip percaya pada Allah SWT. Saya disini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada abang saiful atas apa yang terjadi dan terima kasih atas sudi memberi pinjam jenteranya itu. Saya kagum dengan dia kerana dia tenang menghadapi masalah ini dan saya sendiri sudah kalut kerana saya yang membuatkannya sebegitu. Wallahualam, moga-moga Allah SWT murahkan rezeki abang saiful. Jadi kawan-kawan, fikirkan yang baik-baik pada masalah kita kerana dari situ kita mampu belajar sesuatu yang baru.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Muhasabah diri. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s