Dia masih gagah untuk menharungi cabaran (part 1)

Kuasanya hanya 100 CC sahaja, namun kemantapan dan keteguhannya sudah terbukti mengurangkan kekusutan kepala tuannya.

Di keheningan pagi di Ipoh, ramai manusia mengorak langkah untuk ke tempat kerja masing-masing.
Waktu itu sudah hampir 8.15 pagi dan antara mereka semua golongan pelajar bergegas ke kolej untuk
menimba ilmu. Dari atas serambi KPTM Ipoh, kelihatan motor biru dengan kotak Kappa keluar di simpang
Sekolah Ta’ayah, dengan segak berpakaian formal dan jaket Bernama meluncur dengan cermat masuk ke
parkir motor kolej itu. Semua manusia terkesima sebentar lagi-lagi wanita:p. Setelah dicabutnya helmet,
maka kita tahu itulah dia Muhammad Hafiz Bin Hussin dengan motornya Kriss 100 E.

“DIA” itu bukanlah dirujuk kepada diri saya namun kepada motor Kriss saya yang banyak berjasa dan mencurahkan
bakti serta taat setia kepada saya tanpa mengenal erti penat lelah leceh dan segala-galanya. Kesibukkan tuannya
memaksa dirinya untuk sentiasa bersedia demi membolehkan tuannya mencapai objektif pada hari tersebut.
Motor kriss ini telah keluar dari kedai dia bertapa pada awal Julai 2008 dan pertama kali bersama dengan
tuannya. Tuannya en Hafiz memilihnya kerana en Hafiz amat suka akan warna biru kelabu. Selain itu, ini adalah
motor pertama tuannya dan tuannya percaya motor ini mampu memberikan yang terbaik untuknya.

Motor ini digunakan hanya untuk berulang-alik ke Kolej menggantikan basikal mountain bike tuannya. Hal ini
disebabkan tuannya sangat penat untuk mengayuh dan sering terlantar kepenatan ketika sampai ke rumah.
Selain itu, tuannya baru sahaja mendapat lesen motor ketika bercuti selama 3 bulan. Tanggapan motor ini sebenarnya sudah salah. Dia tidak mengetahui apa yang akan tuannya kerjakan dirinya setelah memakainya pada masa akan
datang. Dengan berbekalkan petrol dari Petronas Primax 97 serta minyak pelincir OEM dari Modenas, dia dikerah
setiap hari untuk ke kolej pergi dan balik yang mencecah 12KM iaitu 6 KM pergi dan 6KM balik. Kadang-kala dia
juga terpaksa untuk bergerak untuk membolehkan tuannya pergi makan, menyiapkan assignment dan lain-lain.
Sehari di Ipoh pada awalnya menyebabkan dirinya berjalan sejauh 15-30KM mengikut keadaan semasa. Namun,
dia tak pernah merungut pada tuannya dan tetap gagah bergerak dengan baik dan mantap.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

4 Responses to Dia masih gagah untuk menharungi cabaran (part 1)

  1. kikian says:

    HAHHAAHA.. x tahan ayat “Semua manusia terkesima sebentar lagi-lagi wanita:p.” ohmaigoddd😛

  2. nazrul says:

    ayat terkesima mmg xtahan..haha..
    idup motor kriss!! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s