Buang side mirror motor inilah jadinya…

Accident venue

Musibah datang tanpa kita ketahui, maka beringatlah dan pohon pada Allah SWT agar kita dijauhkan dari musibah.

Bila kita lihat jalanraya, tak lain tak bukan disitulah kenderaan menyusur,
jalanraya inilah antara nikmat yang tak semua orang tahu kewujudannya,
kita tahu jalanraya inilah memudahkan kita menggunakan kenderaan,
berjalan ke sana ke mari dan juga menuju ke destinasi kita kehendaki,
wajib kita bersyukur negara kita mempunyai lingkaran jalanraya yang baik,
kita boleh bergerak ke mana-mana dengan masa yang singkat,
namun begitu setiap kenikmatan yang diberikan pasti ada penyalahgunaan,
dan juga ada yang tidak menggunakan dengan baik dan menyusahkan orang lain,
adakah mereka sedar akan perbuatan mereka?
adakah mereka tahu tindak-tanduk mereka ini bakal menyusahkan orang lain?

Penyalahgunaan dan kelalaian mereka sebenarnya bakal menyusahkan pengguna yang lain,
Namun saya nak tegaskan pada penggunaan side mirror terlebih dahulu,
Perkara ini saya selalu lihat di jalan raya,
dari situ saya belajar untuk bersabar dengan kerenah2 manusia,
apa yang saya cuba nyatakan disini bahawa antara semua pengguna jalan raya,
ada segelintir dari mereka mempunyai sikap yang tidak baik,
sikap mereka ini sebenarnya antara punca berlakunya kemalangan,
saya ambil contoh ialah penunggang motosikal,
mari kita lihat gambar di bawah:-

Broken LC

Di mana side mirror motor ini? Inilah hasilnya jika membuang side mirror

Kita sedia maklum bahawa side mirror adalah wajib dipasang pada mana-mana kenderaan,
tujuan dia untuk memudahkan kita melihat kenderaan dari belakang,
namun jika kita membuangnya adakah mudah untuk kita memerhati kenderaan belakang?
kita terpaksa untuk menoleh belakang dan mengabaikan kenderaan di hadapan,
dan perkara inilah yang menambahkan kebarangkalian untuk kemalangan,
perhatian kita sepenuhnya diberikan untuk menoleh kebelakang,
apa yang berlaku di hadapan kita pun tidak tahu,
mana tahu kenderaan di hadapan tiba-tiba brek mengejut,
atau di hadapan ada bahaya,
manalah kita tahu dan sebab itu gunanya side mirror,
kita hanya perlu menjeling sahaja untuk lihat belakang,
bukankah cukup mudah jika kita sebegitu?

Saya pernah tanya beberapa orang,
kenapa mereka mencabut side mirror?
inilah jawapan-jawapan mereka:-

  1. motor tak cantik, baru cun jika takde side mirror
  2. semak la side mirror ini, tak suka aku
  3. baru nampak racing motor aku nih

Jawapan mereka mudah tapi memang mengundang padah,
mereka menafikan kepentingan side mirror ini,
kononnya hati kering dan lebih mementingkan kosmetik motor dari nyawa sendiri,
bagi saya mereka ini hanya mementingkan diri,
mereka tidak tahu bahawa ini lebih memudahkan mereka kemalangan,
mungkin ingin kena barulah merasa bertapa pentingnya side mirror,
saya cuma ingin menegaskan bahawa perlu ke kita menggadaikan nyawa,
hanya untuk motor kelihatan cantik?
sayangilah nyawa anda dan hidup hanya sekali dan tiada peluang kedua,
seandainya kemalangan,
anda sendiri dah menyusahkan diri sendiri, keluarga, dan pengguna yang lain,

jangan pentingkan diri sendiri, ingatlah orang lain

lagi gambar

Rabak belah kiri ini, mesti terhempas dan bergesel kuat kat atas tar nih

lagi rosak lc

Motor dah cantik, tapi rabak sebab kemalangan. sampai sekarang apa nasib pemilik motor nih

Secantik mana harta itu, kalau Allah SWT nak tarik, bila-bila masa ia akan hilang,
bila menaiki kenderaan, sila baca bismillah dan berdoa,
agar perjalanan kita sempurna dan selamat,
jangan sesekali abaikan faktor keselamatan,
sekurang-kurangnya kita boleh berikthiar untuk elak kemalangan,
wallahualam…

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s