Dia masih gagah untuk menharungi cabaran (part 2)

Kriss 100 la

Hati sesebuah motor adalah kuncinya. Sekiranya kuncinya itu hilang, maka motor itu tidak akan bergerak ke mana-mana.

Agak bohong sekiranya lubang kunci motor ini tidak dicucuk dengan kunci dan bergerak
menyelusuri jalanraya setiap hari. Bagi tuannya, setiap hari ada sahaja tugas-tugas dan kerja
yang perlu diselesaikannya. Paling kurang pun sekadar pergi makan atau pergi surau.
Secara amnya, jika tuannya sibuk maka sibuklah motor ini bergerak ke sana ke mari,
biasalah tuan borek motor pon rintik, maaf ye menyalahgunakan peribahasa:p

Kali pertama motor ini merasa perjalanan yang jauh,
ketika tuannya mula merancang buat pertama kali untuk menjejak kaki ke sungai petani,
khabar angin orang mengatakan motor tidak sesuai jalan jauh sedikit sebanyak,
mematahkan semangat tuannya untuk ke tempat tinggal wanita tercinta tuannya,
namun dengan perasaan sukakan cabaran dan sanggup demi kasih cinta tuannya,
motor ini sanggup juga membawa tuannya ke situ sana kemari,
tanda taat setia motor ini kepada tuannya,
Perjalanan jauh pertama untuk motor ini bermula apabila tuannya dengan beraninya,
memasuki lebuh raya utara-selatan bermula di jelapang,
menyusuri bukit bukau dan menikmati permandangan indah bukit,
oleh kerana motor ini masih lagi dari dan belum capai tempoh matang,
tuannya hanya menunggang paling laju hanya 80KM/H dan selebihnya hanya 70KM/H,
alangkah malang nasib motor ini,
tuannya perasan setelah keluar dari terowong,
meter odo motor tidak berfunsgi lantas menyebabkan tuannya cemas,
dengan mendengar deruman enjin motor,
tuannya percaya dia masih dalam lingkang kelajuan tadi,
setelah nampak susur keluar simpang kuala kangsar,
tuannya masuk simpang itu dan menuju ke arah bandar diraja itu,
meniti jalan-jalan lama dan mencari bengkel,
akhirnya terjumpa satu bengkel dan berhenti di situ,
setelah melaksanakan pemeriksaan,
ada bahagian gerigi yg memutarkan kabel odo sudah retak,
jadi ditukar dengan baru yg menggunakan besi,
alhamdullillah meter odo sudah berfungsi,
maka tuannya pun menyusur ke bandar diraja.

Perjalanan masih jauh,
baru suku dari apa yang di rancang,
setelah keluar dari bandar diraja maka tuannya membawanya ke arah perak tengah,
kali pertama motor ini melalui jalan-jalan kampung,
di mana udara segar masuk ke dalam kotak angin,
ternyata memberi nafas yang baik untuk pembakaran dalam enjin,
motor kriss tersenyum memandang sekeliling(konon2 la macam hidup je),
tuannya pula mengamati permandangan sekeliling,
bukan selalu untuk merasa pengalaman sebegini,
meter petrol motor sudah hampir ke bahagian merah,
tuannya baru perasan setelah jauh masuk ke kampung,
dan akhirnya tuannya terjumpa simpang ke bota kiri,
maka tuannya itu melupakan sebentar tentang tangki petrol,
dan meluru ke arah simpang itu,
maka kali pertamanya tuannya menjejak kaki ke perak tengah bota kiri,
setelah berehat sebentar di suatu sudut di tepi jalan raya,
barulah motor ini memulakan perjalanan kembali,
dari jalan kampung kembali ke jalan besar,
menuju ke arah Ipoh.

Tangki motor sudah menunjukkan ke zon E,
sudah tuannya cari dimanakah itu stesen Petronas(hafiz adalah pelanggan setia Petronas),
sambil meluncur laju sambil itu tuannya memandang kiri dan kanan,
setelah beberapa ketika maka telah jumpa Petronas,
kalau tidak silap itu stesen Petronas Sri Iskandar,
kasihan motor kriss,
hampir2 mati kehausan petrol dan mujur ada stesen Petronas,
dalam hati motor berkata “penat jalan jauh nih, letih teman tiap-tiap hari begini:p”,
ehh, motor boleh berbisik eh? ala cuma selingan sahaja haha,
setelah mengisi petrol kembali penuh,
maka tuannya menolak motor kriss itu ke tempat parkir,
dan tuannya pergi bersolat,
dalam tempuh setengah dalam keadaan pegun,
maka sangat baik untuk mengurangkan haba-haba yang terhasil pada enjin,
tuannya juga mengerti kasihan pada dirinya,
maka tuannya berehat dan solat dan motornya berehat sambil menyejukkan enjin,
motor itu terlihat tuannya menelefon,
agak lama dia bercakap,
sebenarnya tuannya tengah menelefon aweknya,
“biasalah, sayang kat awek dia..” kata motor…
setelah itu, maka tuannya kembali dan motor ini bersiap siaga untuk berjalan jauh,
dan kali ini kembali ke Ipoh,
dan itu bermulalah perjalanan jauh lagi.

Kisah ini akan bersambung lagi, nak pergi solat jumaat la…

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s