Takut? Engkau tak akan ke mana…

Takut?

Jangan biarkan dirimu di momok-momokkan oleh perkara-perkara remeh temeh. Belajarlah untuk mengatasi takutmu itu.

Kasarkah bahasa diriku ini?
Masa buat kerja dekat MIMOS ini,
penat la juga fokus dekat kerja,
kadang-kadang buka facebook dan kadang-kadang tolong orang Mimos,
dalam keadaan bosan ini maka saya pun bermadahlah tentang takut…

Takut?
anda takut?
saya takut?
takut hantu? takut nak mencuba? takut nak berhijrah?
Apakah itu takut?
Mengikut dari Professor Muhammad Hafiz Bin Hussin a.k.a (Hafiz CEO),
takut ini adalah suatu perasaan yang datang dari dalam hati di mana manusia itu
tidak berani untuk melaksanakan sesuatu atas atau sebab-sebab terentu.
Wah, macam dalam Kamus dewan la penerangan saya…
tapi itulah hakikatnya yang ada dalam jiwa kita.

Bohonglah jika ada manusia tidak ada takut,
kalau tidak kenapa ada yang tidak berani tunggang motor jalan jauh?
kalau tidak kenapa ada orang masih di takuk yang lama?
kalau tidak kenapa ada orang yang sentiasa gagal?
kerana mereka tidak meletakkan “TAKUT” pada tempat sepatutnya.
salah percaturan perletakan rasa takut ini bakal mengundang kegagalan diri sendiri dalam hidup.
Jadi bagaimana kita ingin meletakkan takut kita?

Takut sebenarnya kita letak pada yang “Hak” sahaja,
kita hendaklah berfikir baik dan buruknya dalam sesuatu perkara,
dari situ kita tahu apa yang terbaik dalam diri kita,
bila dikatakan “Hak” dan pertama sekali ialah pada Tuhan iaitu Allah SWT,
kenapa perlu takut pada Allah SWT?
sebab Allah SWT adalah Pencipta kita,
wajip kita sebagai hamba takut pada setiap laranganNya,
kerana diciptakan larangan itu ada hikmahNya,
samalah juga dengan takut untuk pergi berjudi,
kenapa nak takut dengan judi?
dah terang-terang judi haram dan tidak bermanfaat serta bersifat tindas,
dan Allah SWT dah haramkan judi untuk kita umat Islam,
kerana judi itu tidak baik untuk Manusia.
Anda faham maksud saya?
Kita letak takut kita pada yang sepatutnya.

Namun itu saya faham kita ini manusia,
kita kadang-kadang tak mahu buah pisang berbuah dua kali,
kalau berbuah dua kali baik juga jimat kos:p,
maaf terlari tajuk pula,
semua orang tidak mahu mengulangi kesilapan lalu,
dan ada orang tidak mahu mengambil risiko,
juga takut untuk mengubah nasib diri sendiri,
serta takut itu dan ini,
wahai pembaca yang budiman,
mari kita menggunakan balik akal kita,
jika perkara itu baik dan halal untuk kita,
perlukah kita takut dan khuatir?
jika kita tahu perkara itu mampu menjadikan kita senang,
perlukah kita takut dan khuatir?
dan sebelum kita berhujah akan tolak tepi khuatir,
maka ingin saya nasihatkan,
jika kita tahu setiap perkara itu mampu menyenangkan kita,
mampu membahagiakan kita,
mampu memberikan kita kekayaan dan berbagai-bagai lagi nikmat,
ingatlah jika pangkalnya adalah haram dan lari dari apa yang digariskan oleh Islam,
maka wajib kita takut akan perkara itu!
takut akan kemurkaan Allah SWT!

Dan juga wahai pembaca yang budiman,
jika kita tahu bahawa perniagaan mampu memberikan kita rezeki,
mengapa perlu kita takut untuk menceburinya?
rezeki Allah SWT ada banyak dan setiap dari bumi adalah rezeki,
walau kita tahu bagi kita susah dan kita masih belum bersedia,
maka pintalah pada Allah SWT agar kita mampu melaksanakannya,
kerana setiap apa yang ada di dunia ini pasti ada risikonya,
dan jika kita takut untuk memulakan walaupun keinginan ada,
maka tiada makna impian dan cita-citamu untuk menjadi orang yang senang,
kerana dirimu sendiri khuatir untuk mengambil langkah,
khuatir untuk mengambil risiko,
dan khuatir untuk mengubah nasib.

Wahai pembaca yang budiman,
cukup sekadar itu nukilan saya,
saya akui pembaca lebih arif dari saya akan kehidupan anda,
namun wahai pembaca yang budiman,
jika dirimu masih takut untuk berubah,
maka saya jamin dirimu masih disitu,
jika dirimu bercita-cita tinggi,
namun masih tidak membuat perlaksanaan,
maka hanya sia-sia dirimu  melahirkan impian itu.
Tepuk dada tanya iman,
apakah masih mahu menjadi orang yang tidak mempunyai apa-apa dalam hidup?
maka rugilah kamu,
kerana kita hidup ini penuh cabaran,
andai dirimu lemah,
maka kamu sendiri akan menjadi lemah dan mati ditelan arus zaman,

wallahualam, sekadar pendapat…

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Muhasabah diri. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s