Macam mana boleh terlupa…aduh..

Pada tarikh 30 Mei 2010, saya ambil sebotol Jus MonaVie dekat Abang Ghani pada awal pagi di Wangsa Maju. Setelah mengambil produk tersebut maka saya menggerakkan lagi diri saya ke Jalan Ipoh bagi menghantar produk itu ke regular customer saya. Urusan urusniaga berjalan lancar dan kelihatan gembira di wajah customer saya kerana dia benar-benar menyukai produk MonaVie itu. Alhamdullillah feedback pun baik. Dan maka bermulalah saya ke satu permasalahan baru yang juga memeningkan kepala saya sebentar.

Saya menunggang motor terus ke Maybank Jalan Raja Muda atau paling mudah Maybank Kampung Baru. Saya memasukkan duit hasil urusniaga tadi ke akaun maybank saya. Akan tetapi saya terlupa akan nombor akaun tersebut dan oleh sebab itu saya memasukkan kad debit saya ke mesin deposit itu. Entah mengapa kesengalan menjelma dalam diri, maka saya pun memasukkan hanya RM80 lebih sahaja kerana mesin deposit sengal dan hanya amek takat itu sahaja. Maka setelah menerima transaksi itu terkeluar lagi kad debit itu. Maka saya kembali memasukkannya ke dalam mesin deposit bagi membolehkan duit itu masuk ke mesin deposit. Sejurus selepas itu, saya memasukkan lagi baki wang dan alhamdullillah ia menerima wang RM50 namun tendang RM5. Tak mengapalah hanya RM5 sahaja kelak saya akan deposit lagi. Setelah transaksi selesai. Seingat saya hanya mengambil resit namun terus mengberambuskan diri dari situ.

Pada keesokkan harinya iaitu pada tarikh 31 MEI 2010, saya ingin mengeluarkan sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam akaun kad debit saya. Dekat Maybank di tempat sama saya  baru perasan bila ingin memasukkan kad debit ke dalam mesin deposit. Setelah perasan tiada kad debit tersebut maka kelam kabut saya mencarinya di dalam dompet. Setelah puas mencarinya, maka saya baru teringat kemungkinan mesin debit menyedutnya setelah membiarkan sekian lama. Lantas mengingati perkara itu saya pun melaporkan pada pihak pegawai bank berkenaan.

Ingatkan masalah selesai namun sangkaanku meleset, ternyata belum selesai lagi. Pihak pegawai itu memberitahu supaya saya membuat laporan dan kembali pada 9.15 pagi. Oh tidak, sekarang waktu sudah menunjukkan 8.25 pagi dan patutnya saya sudah berada di MIMOS. Lagipun penting untukku kad debit ini kerana ku ingin mengambil produk MonaVie dekat office di  bangsar. Maka saya pun beredar dan menunggu di kedai mamak berhampiran. Saya tahu saya akan lewat ke pejabat maka saya memberitahu abg Arie akan kelewatan saya ini. Dan sambil itu saya menikmati sarapan sambil mem baca buku.

Waktu semakin menghampiri jam 9.15, maka saya pun menggerakkan diri menuju ke Maybank tersebut. Saya bergegas berjumpa dengan pegawai tersebut dan mengisi borang. Setelah selesai maka timbul pula masalah baru. Oh tidak, system down dan offline. Masalah saya tidak boleh proses dan kalau boleh pun saya terpaksa tunggu lagi. Namun saya tahu masih ada alternatif, iaitu mak saya. saya pun telefon mak saya. “Mak apis punye kad debit kena sedut la dalam deposit machine”, kata saya dengan penuh takut kena marah. Tapi tidak, mak kata tak mengapa datang pejabat mak selesaikan. Alhamdullillah lega dan saya pun menendang motor dan bergegas ke Maybank Sri Hartamas.

Setelah sampai, dengan selamba saya parking depan pintu masuk Maybank. Mentang-mentang mak keja situ hehe.. Tanpa membuang masa sesaat, saya terus berjumpa dengan mak. Mak dan kawan mak menyelesaikan masalah saya dengan batalkan yang sedia ada dan gantikan dengan kad baru. Alhamdullillah hilang satu masalah. Terima kasih mak! sayang mak! hehe..syukur ya Allah kerana memudahkan urusanku. Walau apa pun,  saya gembira dapat menempah produk tersebut dan balik kerja ini saya akan mengambilnya!

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

2 Responses to Macam mana boleh terlupa…aduh..

  1. kiwibenz says:

    Alhamdulillah dugaan dune berakhir dengan baik..
    lupa-lupa tuh amalkan makan kismis balik🙂

    • dune1989 says:

      hehe..alhamdullillah..tapi kan kak..
      adeh..saya ni klu bizi pikiran melayang uu..
      kadang2 lupe apa barang2 dan pesanan..
      patut saya buat list down sahaja nnt..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s