Mari kita bersabar di jalan raya

jalan raya di KL

Kuala Lumpur memang sinonim dengan jalan raya yang sesak. Keadaan ini benar-benar menguji iman dan kesabaran. Apa kata anda?

Mari kita bersabar di jalan raya? Kamu ini demamkah Hafiz Hussin oi? hehe, saya sebenarnya ingin mengajak para pembaca untuk memikir sejenak. Adakah anda setuju bahawa jalan raya ini adalah satu nikmat untuk kita? Dan anda setujukah jika saya kata jalan raya ini adalah tempat kita bersabung nyawa? Tapi sebenarnya ramai di antara kita tidak mengambil berat akan perkara ini. Mereka tidak menyedari bahawa jalan raya inilah meletakkan nyawa kita bagai di telur hujung tanduk.

Bila dikatakan manusia, sejak dari zaman Nabi Adam, manusia telah mengembangkan zuriatnya hingga ke seluruh pelusuk dunia. Semakin ramai umat manusia maka semakin ramailah ragam-ragam mereka. Jika kita lihat di Malaysia ini, ada dekat 20 juta lebih warga Malaysia dan rata-rata di antara mereka mempunyai kenderaan. Maka di sini kita akan berhubung dengan mereka tanpa verbal yang kemungkinan mampu menaikkan kemarahan, kesedihan, kegembiraan dan lain-lain. Kalau tiada perasaan ini di jalan raya maka anda bukanlah seorang manusia.

Manusia sentiasa sibuk di mana-mana sahaja. Mereka juga mempunyai tanggungjawap dan urusan tersendiri. Sebab itulah mereka mencipta kenderaan dan jalan raya bagi memudahkan mereka untuk bergerak di mana-mana sahaja. Dan setiap perilaku manusia dipengaruhi oleh emosi mereka dan juga pemikiran mereka.  Maka disini pergerakkan kenderaan itu sendiri melambangkan jiwa pengguna tersebut. Saya pasti kita semua pernah menghadapi pelbagai ragam-ragam manusia di jalan raya. Hal ini disebabkan kita sendiri sedang berinteraksi dengan manusia di atas jalan raya secara sedar atau tidak.

Anda bayangkan anda sedang membawa kereta dan berada di lebuh raya. Anda sedang memandu pada had laju yang ditetapkan iaitu 110KM/H. Ketika memandu dengan tenang, tiba-tiba anda dikejutkan dengan sebuah kereta yang tiba-tiba memotong laju di sisi kanan anda. Deruman enjin dan bunyi ekzosnya benar-benar memecah kesunyian dan ketenangan anda. Saya percaya jika anda berada di keadaan ini ramai yang akan bertindak kembali dengan apa yang mereka buat. Sama ada dengan menukar dari gear 5 ke gear 4 dan terus memecut laju mengejar kereta, atau membuka tingkap dan menjerit mengeluarkan kata-kata yang kesat, atau anda tarik nafas dalam-dalam dan menggelengkan kepala. Tindakan pemandu itu sebenarnya benar-benar mencetuskan kemarahan kerana ia menggangu pengguna jalan raya yang lain dengan kelajuannya, bunyi bisingnya dan merosakkan mood pemandu lain. Dengan ini saya tangguh soalan saya dan kita sambung pada satu lagi situasi.

Bayangkan anda sedang menunggang motor, anda dalam perjalanan jauh dari rumah anda iaitu di Kuala Lumpur hendak ke Kota Bharu Kelantan untuk berjumpa dengan kawan-kawan. Motor anda meluncur laju dan anda sedang menikmati perjalanan dengan baik. Anda menoleh kebelakang bagi melihat ada kenderaan ingin memotong anda atau tidak namun itu tiada lagi kenderaan ingin memotong. Bila anda menoleh ke hadapan, tiba-tiba ada batu kecil menghentam pada visor helmet anda. Ktang! dan anda tersentak serta bercalar visor anda itu. Bila anda lihat dan kembali dari lamunan, rupa-rupanya ada lori tanah di hadapan anda dan kelihatan terjatuh-jatuh tanah di  belakang badannya. Saat ini saya percaya anda pasti akan bertindak balas dengan kejadian ini. Sama ada anda akan mula menekan minyak untuk memecut seterusnya mengajak pemandu lori itu bergaduh atau terus mencemuh dan mengeluarkan kata-kata kesat pada lori tersebut atau anda membetulkan helmet dan kembali menunggang seperti biasa namun dengan lebih berhati-hati. Dari dua situasi ini, saya ingin berkata sesuatu untuk tatapan kita semua.

Sebenarnya kita tidak perlu pun untuk berasa tersentap atau geram serta dengan segala-gala perasaan negatif yang lain. Namun oleh kerana kita ini manusia yang lemah saya percaya ramai diantara kita pasti akan melakukan tindakan-tindakan yang negatif. Saya juga tidak terkecuali dengan situasi ini dan pernah juga saya tercarut pada kenderaan-kenderaan yang benar-benar merosakkan mood saya. Kita pun pernahkan mendengar perkataan “Sabar separuh dari iman”? Sekiranya kita menghadapi situasi-situasi ini kita tarik nafas dalam-dalam dan kita kembali fokus pada pemanduan dan penunggangan kita. Kita cuba untuk berfikir secara positif dalam hal ehwal ini.

Kita tahu ada kenderaan yang memandu dengan laju di jalan raya. Mereka seolah-olah macam diri mereka sahaja yang membayar cukai jalan. Mari kita bersangka baik pada mereka. Kita fikir mungkin mereka ini mengejar sesuatu yang kecemasan seperti ada kawan dia asma ke, ada orang kemalangan ke. Kita tak tahukan? Ada sesetengah individu pula memandu perlahan di jalan atau kawasan yang tidak sepatutnya lantas memberi gangguan pada pemandu-pemandu yang lain. Ini juga mampu menyebabkan bara api menjadi besar dan pasti tindakan-tindakan luar kawalan akan berlaku. Maka saya menyeru bersabarlah kita dalam menghadapinya. Kita bersangka baik dengan tiap-tiap perkara itu. Kemungkinan juga orang yang memandu dengan perlahan itu kenderaannya mungkin mengalami masalah atau pemandu tersebut mengantuk atau pening-pening. Maka kita tidak perlulah untuk menyumpah seranah atau mengancam pemandu tersebut namun kita ambil langkah yang lain dan kita berjaga-jaga dari mengalami kemalangan.

Walau apa pun keadaan di jalan raya, janganlah kita termakan dengan mana-mana provokasi pihak-pihak lain. Tenangkan diri kita dan tarik nafas. InsyaAllah ke mana kita pergi pun dengan cermat dan selamat kita memandu maka selamatlah kita sampai di destinasi kita.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

2 Responses to Mari kita bersabar di jalan raya

  1. kiwibenz says:

    Akak akan sentap sekiranya pemandu gagal beri signal sebelum membelok ~~@,@

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s