Jalan di Ulu Yam ketika pukul 9 malam

Peristiwa ini berlaku saat diri saya mula tertekan dengan kesesakkan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan pada 13 Jun 2010. Oleh kerana tidak tahan dengan kesesakkan ini, maka saya yang berada di lorong kanan terus menyimpang ke susur keluar di Bukit Beruntung. Walaupun terasa beruntung dapat keluar dari kesesakkan namun saya masih lagi dalam keadaan yang rugi. Saya mencari jalan hendak ke Ulu Yam. Di situ ada jalan yang boleh tembus ke Batu Caves dan saya amat berharap agar jalan itu memendekkan tempoh perjalanan saya.

Akan tetapi saya berasa malang sekali, baru saya tahu bahawa keluar di susur Bukit Beruntung tidaklah untung sangat dan agak jauh hendak ke Ulu Yam namun begitu dekat ke Rawang. Saya pada masa itu menganggarkan jalan lama di Rawang pasti sangat sesak dan saya tetapkan hati saya untuk ke Ulu Yam. Setelah hampir 45 minit berjalan maka saya telah memasuki jalan yang saya kehendaki. Melewati setiap permandangan dan yang pasti saya dapat mengenangkan kembali saat-saat ketika di sekolah menengah. Untuk pengetahuan anda, saya pernah belajar di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor di mana jalan yang tembus ke Batu Caves itu adalah jalan utama hendak ke sekolah ini.

Jalan ini sangat gelap dan hanya diterangi cahaya sang purnama. Lampu kereta Wira ayahku sahaja yang menyinari setiap meter jalan raya ini. Lagu-lagu di Hitz.FM sedang hangat dimainkan dan ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa takut dalam hati saya. Teringat pula satu kisah bahawa ada seorang cikgu di sekolah menengah saya pernah di ganggu ketika melalui jalan ini. Namun saya cepat-cepat menangkis perasaan itu dan fokus pada pemanduan. Dalam keadaan yang gelap ini, saya seolah-olah tidak dapat membayangkan yang saya sedang menyusuri cerun atau mendaki bukit.

Ketika menyusuri satu bukit, saya lihat tiada kenderaan di hadapan. Maka saya letak gear saya pada neutral dan mengawal kereta dengan menggunakan brek. Terasa yang kereta Wira ini benar-benar mencengkam pada jalan raya kerana saya berjaya menikmati setiap selekoh tajam pada kelajuan yang agak tinggi(tahu ayah mati saya nih hehe:p). Pada selekoh yang terakhir saya terlihat tiga buah kenderaan sedang perlahan menyusuri selekoh tersebut. Makan saya mengperlahankan kereta ini. Tiba-tiba saya ternampak cahaya dari arah bertentangan dan ianya sebuah kereta. Namun alangkah terkejutnya saya, ketika saya sedang terserempak dengan kereta itu, saya seolah-olah terperasan bahawa suluhan lampu kereta yang bertentangan itu menampakkan ada lembaga yang sedang berdiri di tengah-tengah garisan berkembar. Saya terkesima sebentar dan terus memandu. Sela satu saat tadi memperlihatkan seolah-olah bagaikan lembaga putih dan bukan menyerupai manusia.

Hati saya mula berkecamuk dan terasa lain sahaja. Dalam keadaan itu, saya lihat kenderaan depan ini perlahan dan saya memotongnya. Saya kemudian memandu seperti biasa dan menarik nafas. Dalam hati sudah bermain berbagai-bagai kata-kata dan mengharap janganlah ia pulang bersama saya. Selepas itu, saya ada terperasan sebuah Proton Waja sudah terperosok ke dalam longkang dan diteman kereta-kereta lain di bahu jalan. Bagaikan satu peringatan buatku agar lebih berhati-hati di jalan raya. Namun alhamdullillah saya tidak diganggu selepas sampai di rumah dan dapat tidur dengan baik. Saya berharap saya takkan diganggu oleh makhluk-makhluk sebegini. Amin…

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

One Response to Jalan di Ulu Yam ketika pukul 9 malam

  1. tips-kurus says:

    memang mengerikan melalui jalan ulu yam pada awaktu malam yang ditemani hujan… eeeeiiiiii!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s