ZZR 250, bilakah dikau akan menjadi milikku..

ZZR 250 R

Antara motor yang ku idamkan bagi memasuki kelas motor berkuasa besar, iaitu ZZR 250.

Vroomm…Vrooommm..
Kedengaran jelas bunyi yang garang dan padu,
ianya bukan motor kapchai atau superbike 4 silinder,
namun hanya motor Sport bike berkuasa 250CC sedang gagah mengaum saat pendikit dipulas,
nama motor yang dekat sedekad ini ialah ZZR 250 buatan Kawasaki.
Ternyata hati saya sangat gembira apabila diizinkan oleh abang Saiful iaitu rakan sepejabat saya,
mengizinkan saya mencuba merasa motor ZZR 250 ini.

Saya sebenarnya sudah lama mengidam motor berkuasa besar ini sejak tahun 2009,
pengalaman saya menunggang motor jarak jauh banyak membongkarkan rahsia pada saya,
rahsia ilmu untuk berjalan jauh dan juga pengalaman -pengalaman tidak terhingga,
Penggunaan kapchai untuk jalan jauh merupakan salah option yang baik,
namun itu perbezaan kelajuan dan sela masa untuk sampai ke destinasi,
benar-benar menguji kesabaran saya,
Anda bayangkan saya menunggang motor dari Kuala Lumpur ke Ipoh,
saya mengambil paling cepat dengan 1 kali isian petrol dalam 2 jam setengah atau 3 jam,
saya hanya sentiasa berada dalam kelajuan 110KM/H,
dan akhirnya saya mencuba untuk membawa kereta ke Ipoh,
dan pada kelajuan yang sama tanpa berhenti untuk isi petrol,
saya hanya perlukan 2 jam sahaja untuk sampai ke Ipoh.
Pada situasi ini jelas menunjukkan bahawa meter motor kapchai dan kereta berbeza,
ada senior-senior motor pernah beritahu posisi penunggang motor kapchai dan tempat duduknya,
tidak beberapa sesuai untuk berjalan jauh,
kalau terasa sakit belakang dan sengal-sengal punggung itu adalah perkara biasa.

Berbalik pada kisah ZZR 250 ini,
Pada permulaan saya berasa agak kekok untuk mencuba,
namun bila hati dah suka maka kita juga akan tetap mencuba,
saya pun dengan rasa gelojoh melabuhkan punggung pada tempat duduk motor ini,
erkk..tiba-tiba terasa senak di bawah ini,
baru saya perasan saya punya “tut” tersentak pada tangki motor ini,
aduh benar-benar senak namun saya hanya buat muka macho agar tidak malu dengan orang lain,
Saya cuba untuk membiasakan diri dengan motor ini,
Penukaran gear dari neutral ke satu sudah saya laksanakan,
tangan masih lagi genggam klac motor,
saya cuba menekan brek belakang dan saya rasa agak kekok,
perlahan-lahan saya melepaskan klac dan memulas pendikit,
motor mula bergerak dan saya cuba menstabilkan,
saya merasa agak biasa sedikit kerana saya sudah mencuba membawa motor klac kawan saya,
motor itu ialah Suzuki Shogun 125 SP(Sport Production) dan saya sudah biasa menukar-nukar klac,
kelajuan semakin bertambah namun hanya cukup merasa laju sahaja,
saya sendiri berada dalam kawasan perumahan dah agak bahaya membawa motor dengan laju di kawasan ini,
saya menunggang dengan cermat dan berhati-hati,
saat ingin membelok dan juga dalam jalan yang lurus,
saya terasa bahawa handle motor ini agak berat,
manakan pula motor ini hampir-hampir mencecah 150 KG, hampir menyamai 2 kali berat badan saya,
namun saya dapat mahirkan diri mengawal motor ini,
dan setelah membuat satu pusingan,
saya memberhentikan motor ini di hadapan rumah abang Saiful,
dan abang Saiful membawanye ke depan rumahnya.
“Apa lagi apis, bila nak beli?” tanya abang Saiful.
Wah, tersentak sebentar dengan soalan ini,
bukan apa kerana saya masih belum ada cukup wang untuk membelinya,
saya dah lihat pada web Mudah.Com.My,
ada yang boleh dapat serendah RM4200 hingga RM12,000,
Saya terfikir mana hendak cekau duit sebanyak itu,
namun tak mengapa insyaAllah,
tanamkan niat dalam hati,
insyaAllah satu hari saya akan dapat memilikinya,
harap mudahlah untuk saya jalan-jalan jauh di masa hadapan kelak,
amin….

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s