Petronas Syntium Moto 4 SP

Petronas Syntium Moto 4 SP

Pelincir baru sintetik penuh dari Petronas dengan kelikatan 10W-50

Hari ini saya terdetik untuk menceritakan satu produk dari syarikat tempatan yang bagi saya produk ini sangatlah baik dan sangat memuaskan hati saya apabila menggunakannya. Dari dahulu lagi saya ingin mencuba produk pelincir Petronas sejak saya selalu mengisi petrol di stesen minyak Petronas. Selain itu, setiap petrol yang saya isi saya akan dapatkan point-pointnya dengan menggunakan kad Mesra. Sebelum menggunakan pelincir ini, pelincir yang saya pernah guna ialah dari brand Shell iait Shell VSX semi-synthetic, brand Total Quartz mineral, dan Castrol Power 1. Pernah juga saya menggunakan pelincir Petronas yang lain seperti Sprinta 1000, Sprinta 4000 dan Sprinta 5000. Tapi jika anda ingin tahu, sepanjang saya menggunakan jentera Kriss saya, period yang paling best saat saya menggunakan pelincir ini iaitu Petronas Syntium Moto 4 SP. Memang terbaik keluaran Petronas.

Pelincir ini jika di sekitar KL amat mudah untuk dijumpai. Rata-rata stesen minyak Petronas membekal pelincir ini. Pelincir yang sama kelas sebelumnya iaitu Sprinta 5000 dengan kelikatan 10W-30 amat sukar untuk ditemui namun alhamdullillah untuk yang ini amat mudah ditemui. Di bawah ini saya senaraikan perkara-perkara am akan pelincir ini:-

  • Harga RM50
  • Jenis Sintetik Penuh
  • Gred 10W-50
  • Menepati ujian API SM, JASO MA2
  • Kegunaan perlumbaan atau atas jalan raya
  • Tempoh tukar setiap 5000KM

Bila kita lihat harga RM50 pasti kita akan tersentak sebentar. Saya yakin ada yang akan kata “mahalnya!” atau kata “aku beli murah dan ok aje motor aku sekarang.” Tapi saya akan tersenyum, terserah pada mereka untuk berkata begitu dan saya akan kata begini “nak motor tahan lama, jimat petrol, lebih power takyah modi, inilah jawapannya!”. Berbanding dengan pelincir lain, pelinicir ini adalah hasil sepenuhnya dari sintetik dan bukannya mineral. Jadi, pelincir ini lebih ringan dan baik berbanding dengan pelincir semi-sintetik atau mineral. Grednya pula adalah 10W-50 di mana sangat mudah untuk enjin dihidupkan ketika sejuk dan tahan lama ketika enjin sedang panas. Pelincir ini juga sesuai untuk kegunaan perlumbaan atau jalan raya, saya amat kagum dengan keupayaan pelincir ini dan seolah-olah memberi lebih kuasa kepada jentera Kriss saya.

Sekarang saya sudah menggunakan pelincir ini hampir 3400KM dan saya tak akan menggunakannya sampai 5000KM tapi sampai 4000KM sudah cukup memadai. Pada selang tempoh ini beberapa perkara tentang prestasi amat mengagumkan saya dan saya sendiri tak sangka setelah menggunakan pelincir ini. Selepas servis, saya mencuba menunggan motor saya di jalan raya. Pada awalnya saya menunggang secara perlahan kerana saya berada di kawasan kampung dan saya menanti hari akan datang untuk mengujinya kerana jarak ke tempat kerja saya adalah 20KM lebih. Tapi yang saya kagum, tukaran gear sangat smooth dan tiada bunyi jerking dan sukar untuk menekan. Walaubagaimanapun kelebihan ini sudah terasa pada Sprinta 5000 dan saya pasti ada sesuatu yang lebih dari pelincir ini.

Pada hari bekerja, saya akan ke Mimos dan melalui jalan sungai besi. Permulaannya ialah saya cuba menghidupkan enjin saya dan memang mudah untuk dihidupkan. Sekali tendang sahaja sudah hidup. Tapi ada kalanya susah nak hidup. Lagipun masa servis karburetor saya lupa hendak minta mekanik untuk setting balik karburetor huhu(T_T). Tapi rata-rata saya menghidupkan motor ternyata senang dihidupkan. Oh lupa, saya selalu guna petrol RON 95 Petronas. Orang selalu khabarkan petrol RON 95 ini tiada pikap, tidak jimat petrol dan top speed jatuh. Secara amnya memang betul namun setelah menggunakan pelincir ini, masalah pikap, jimat petrol dan top spees seolah-olah telah diatasi. Saat cuba keluar ke jalan besar, pulasan pendikit ternyata berbeza. Sentakan pendikit secara sedikit memberi responsif yang luar biasa. Gear pertama sebelum ini pada tayar 70/90 saya hanya mampu menarik sampai 15KM/H – 20KM/H dan selepas itu enjin akan mengaum. Namun pada tayar 80/90 saya mampu menariknya dengan lancar dari 20KM/H – 25KM/H dan selepas itu baru mengaum. Tarikan pada gear kedua juga sangat panjang dan boleh cecah ke 50KM/H – 60KM/H. Tarikan gear ketiga pula boleh mencecah sehingga 100KM/H – 110KM/H dan seterus nya gear keempat sampai ke 140KM/H! Anda pasti terkejut bukan? Saya maklumkan terlebih dahulu yang motor Kriss 100 saya adalah standard dan tiada sebarang modifikasi yang saya lakukan. Jika motor biasa macam saya boleh cecah selaju ini, mesti motor anda yang lebih tinggi hamburan kuasa mampu mencapai prestasi yang lebih baik! Dalam keadaan yang sesak dan mencelah-celah, motor saya dapat memberi respons yang baik walaupun pada gear 4. Jadi, saya dapat bergerak dengan lincah di celah-celah kereta.

Perihal penjimatan petrol pula, bagi saya ternyata sangat baik. Isian RM5 sahaja dengan keadaan trafik yang kejap sesak dan kejap baik saya boleh menunggang secara purata 180KM dengan menggunakan petrol RON 95. RON 97 belum lagi saya mencuba untuk menilai sejauh mana keberkesanannya. Tapi, untuk petrol RON 95 sudah cukup memuaskan hati saya. Anda bayangkan saya ulang-alik tempat kerja saya satu di Damansara Perdana dan juga satu lagi di Mimos dan jaraknya dekat 20KM+-. Maknanya saya ulang-alik hampir dekat 40KM+- satu hari. Belum sahaja melencong ke tempat lain. Untuk 3 hari iaitu 180KM secara agresif saya menunggang motor untuk RM 5 sudah memadai. Dan jika saya menunggang dengan cermat dan baik RM5 itu boleh bertahan untuk tempoh 5 hari! Penjimatannya ternyata sangat menakjubkan. Saya percaya yang anda semua pasti tidak percaya! Tapi, kalau tidak percaya apa kata cuba dahulu untuk membeli sebotol dan gunakannya. Anda pasti akan teruja.

hampir mencecah 140KM/H

hampir mencecah 140KM/H dengan hasil menggunakan pelincir ini

Bunyi enjin berfungsi tidak lagi sekasar seperti dahulu. Agak senyap berbanding pelincir semi-sintetik dan mineral. Hembusan bunyi di ekzos juga terasa padu dan bertenaga. Alhamdullillah setakat ini walaupun sudah menghampiri tempoh untuk menukar pelincir, motor kriss ini masih lagi mempunyai pikap dan penjimatan petrol. Saya mula terasa berat setelah 3300KM dan top speed sudah mula jatuh. Mesti keadaan minyak pelincir sudah mula pekat. Walaubagaimanapun, setakat ini pelincir inilah yang terbaik yang pernah saya pakai. Anda bila lagi? Ini baru komen dari saya, belum lagi dari anda. Ada dua kawan saya seorang menggunakan Kawasaki ZXR 250 dan seorang lagi Yamaha 135 LC sudah menggunakannya. Komen mereka sangat memberangsangkan dan menyukainya. Apa tunggu lagi? Dapatkannya sekarang! ecehwah..macam ayat promote aje..

Walau apa pun, ini sekadar percubaan secara kasar dari motor saya. Penggunaan jangka panjang belum lagi saya rasa seperti saya menggunakan Castrol Power 1 4T. Saya tidaklah menjamin yang terbaik anda akan dapat pada jentera anda namun ianya telah terbukti pada jentera saya dan kawan saya. Keadaan motor saya pun hanyalah standard sahaja. Tiada apa yang boleh saya komen dan insyaAllah perkembangan akan datang akan saya usul.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

33 Responses to Petronas Syntium Moto 4 SP

  1. xSwitcheRx says:

    Salam.. sangat bagus review pasal EO (engine oil) 4T fully synthetic petronas.. walaubagaimanapun ianya mungkin utk short term period.. hopefully saudara akan menulis untuk long term period (15000km+) samada ada leaking / kesan2 leak.. jika tiada, ianya sangat menarik utk di cuba🙂

    • dune1989 says:

      waalaikummussalam,

      terima kasih atas pujian encik.. insyaAllah saya akan buat review lagi pasal pelincir-pelincir petronas.. namun begitu, seingat saya pesanan dari salah seorang adik bekas pelumba motor iaitu encik wazi abdul hamid, adik dia juga mahir tentang motor ini.. minyak pelincir motor selalunya mineral tukaran dia dalam 2000km atau 3 bulan. semi sintetik dalam 3500KM dan full sintetik dalam 5000KM.. kalau dalam tempoh lama saya rasa saya tak yakin.. bukan apa, secara logiknya pelincir motor ini membuat kerja lebih berat berbanding pelincir kereta. pelincir motor terpaksa melindungi bahagian enjin from top to toe dan juga gearboxnya sendiri bagi motor 4T.. kalau motor 2T hanya menjaga gearbox.. kereta pula hanya menjaga enjin from top to toe sahaja.. that why mineral kereta minimum tukaran 5000KM.. sekadar pendapat saya. walau apapun, terima kasih sebab sudi membaca blog saya:)

  2. mustapha says:

    apa yang di maksudkan ada leaking long term period.adakah semua minyak pelincir petronas membawa masaalah leaking kah.ada bukti yang kuat untuk menyokong komen anda.

    • dune1989 says:

      setahu saya isu leaking ini terjadi apabila gasket mula keras dan tidak dapat mengembang dan mengecut dengan baik lantas terbuka ruang sedikit yg membolehkan pelincir mengalir keluar.. faktor minyak pelincir main peranan kerana minyak pelincir memainkan peranan penting dalam memindahkan haba.. secara logik, haba yang banyak terkumpul pada enjin dan tidak dipindahkan kepada udara sewaktu beroperasi, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan gasket rosak..

  3. saiful says:

    Salam..
    Sebelum saudara menggunakan pelincir syintium 4 sp ni, berapa top speed motor kriss saudara ?

    • dune1989 says:

      waalaikummussalam, sebelum saya menggunakan syntium SP nih, saya masih boleh dapat 140KM/H pada tayar saiz 80/90 namun sangat sukar. Dan sebelum ini saya menggunakan Sprinta 5000. Kalau guna lubricant lain seperti Castrol dan Sprinta 4000, rata-rata cuma dapat 120KM/H-130KM/H…

  4. mustapha says:

    Saya memiliki motosikal Honda Wave 125s dan telah mencuba minyak pelincir Shell Advance vsx,Sprinta 4000,Top oil 1 Plus,Shell Advance AX7 dan Petronas Syntium Moto sx kesemuanya adalah semi sintetik.Apa yang saya boleh komen dan review adalah sememangnya Honda Wave 125s saya sesuai dengan pelincir Petronas Syntium moto sx kerana saya mendapat kepuasan.Belum lagi kalau saya menggunakan Syntium sp sintetik penuh pasti lebih teruja.Satu perkara lagi sebenar nya motosikal adakah kita perlu masuk 1 Litre penuh atau pun kurang?

    • dune1989 says:

      i see, untuk yang version SX saya tak pernah cuba lagi. tapi baguslah encik mustapha memberi review untuk syntium SX ini. saya syorkan encik mustafa guna syntium moto SP ini. kalau saya memang puas menggunakannya, insyaAllah encik pun sama. Top speed, penjimatan petrol dan hamburan tenaga yang terbaik yang pernah saya rasa.. selalunya kita tak perlu isi penuh2 pun.. kalau ikut buku manual kriss, cuma 900ml dah memadai.. cuba kamu check utk wave 125.. kalau penuh pada enjin, boleh menyebabkan enjin leaking dan sebu..

  5. Mazlan says:

    Assalmmualaikum, Saya baru sahaja memiliki Honda wave 110R dan tempoh pantang penukaran minyak pelincir sudah dekat. Saya berminat dan ingin mencuba adakah minyak 4T Petronas Syntium Moto 4 SP(10W 50) sesuai untuk motosikal saya dan apakah kesan pada jangka hayat panjang enjin. Dalam buku manual hanya diglkkn mngguna jenis pelincir (eo 10W 30).kebelakangan ini ,moto saya ssah hndk dihidupkan dan beberapa kali start baru hidup. sila beri tunjuk ajar, Terima Kasih

    • dune1989 says:

      Waalaikummussalam en mazlan,

      terima kasih kerana membaca review saya, pada pendapat saya tiada masalah untuk motor en mazlan menggunakannya. sedangkan motor kriss saya disyorkan gred 20w-40 namun saya belasah juga guna gred 10w-50. Lagipun pada gred 10w sudah memadai untuk motor bagi menggelakkan gear slip dan cukup baik untuk enjin hidup pada suhu rendah. untuk kesan jangka panjang, enjin motor lebih tahan lama dan bersih kerana syntium moto sp ini adalah fully sintetik di mana kebolehan menahan geseran antara besi serta kelicinan dan senang cerita kelebihannya jauh lebih baik dari semi-sintetik dan mineral. Jadi tidak hairanlah kenapa harga dia RM50. Saya sudah menggunakannya untuk jangka masa yang lama, kalau ikut dari adik saudara Wazi Abdul Hamid, bekas pelumba motor, dia pernah beritahu pada saya pelincir full sintetik boleh tahan dari 4000KM-5000KM dan baru tukar. Jadi dari situ dah menjimatkan masa kita dari ulang-alik ke bengkel dan bagi saya, pelincir ini menjimatkan petrol saya. Saya boleh dapat RM7 sahaja kos untuk ke KL-Ipoh atau Ipoh-Sungai Petani.. Kalau rasa motor sukar hendak hidup, try check timing enjin mungkin rendah. setting kasi tinggi sedikit idling dia, ataupun pulas sedikit pendikit motor agar sedikit petrol masuk ke dalam enjin dan memudahkan pembakaran berlaku utk hidupkan enjin…

      • mustapha says:

        salam pada semuanya.Ingin juga saya nak tahu macam motosikal kita yang di bawah 200cc,apa saranan yang boleh anda cadangkan untuk minyak pelincir yang sesuai bagi kegunaan untuk cuaca di negara kita.Maksud saya umpama spek 10w-40w,15w-50w dan 20w-50w,minyak pelincir jenis ini yang paling banyak di jual dekat kedai motosikal.Sama ada ia nya semi-sintetik atau sintetik penuh.Macam2 komen yang kita dengar ada cakap baik dan ada cakap tidak sesuai.Apa komen yang anda boleh kongsi kan?TQ

      • dune1989 says:

        waalaikummussalam,

        maaf lambat reply, agak sibuk beberapa bulan sekarang ini, berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya di medium maya ni, apa-apa jenis motor yang telah lepas tempoh break-in, boleh sahaja letak minyak pelincir semi-sintetik atau full sintetik. ingat hipnosis saya ini, penggunaan sintetik pada minyak pelincir jauh lebih baik dari mineral. namun terhad dari beberapa perkara tertentu. tapi saya percaya pelincir full sintetik jauh lebih baik dari segi keupayaan enjin, penjimatan minyak dan ketahanan enjin. saya first time memiliki motor kriss ini, saya dah lama guna pelincir semi-sintetik dan full sintetik. alhamdullillah enjin saya sampai sekarang masih gagah lagi. hanya tukar timing chain sahaja. walaupun modenas hanya syorkan gred 20w-40 mineral, tapi saya guna kelikatan yang jauh lebih baik dari itu terbukti enjin saya tidak membuat sebarang masalah. bagi saya, lebih baik invest pada full sintetik untuk ketahanan dan penjimatan enjin yang lebih lama.

  6. mustapha says:

    Ingin nak tahu juga,minyak pelincir mana yang paling sesuai untuk ride ulang alik ke tempat kerja perjalanan dalam jarak 15km x2.Speed dalam 60 ke 80 aje.Pendapat anda adakah baik saya guna 10w 40 atau 15w 50.Dan yang mana baik untuk penjagaan untuk enjin motosikal kita untuk long term.Pernah cuba minyak shell ultra 10w 40 fully syntetic adakah performance lagi sedap dari syntium moto sp 10w 50,harga tak jauh beza ada formula baru pula.Komen sikit…………..

    • dune1989 says:

      erm, saya syorkan pakai gred 15W-50 ataupun 20W-50, sesuai untuk perjalanan yang jauh atau dekat. kalau gunakan semi-sintetik eloklah interval pertukaran 3500KM dan kalau full sintetik 5000KM. saya berani berkata begitu sebab saya pernah membuatnya dan full sintetik kalau kita push dia, 4000KM keatas baru rasa berat. untuk pelincir shell ultra saya belum cuba lagi, tapi saya rasa dia ringan kerana gred dia 10W-40.. kemungkinan enjin mudah high-revving.. saya penah guna pelincir sprinta 5000 gred 10W-30.. enjin kriss saya revving mmg power.. saya tak berani komen lagi kerana saya masih belum mencuba, tapi berdasarkan gred dia, saya percaya dia blh beri penjimatan petrol dan tenaga pada kelajuan tersebut kerana dia ringan..

      • mustapha says:

        Nak tahu lagi sebab kurang faham maksud `engin mudah high-revving`,adakah ia akan memudaratkan dan engin dari segi perfomance.

  7. izharar says:

    Kenapa bila guna minyak Syntium 4sp nie Engine oil cap lagi cepat kotor berbanding guna minyak lain? Minyak fully nie mmg mcm tu ker? Baru basuh 3 hari dah kotor balik…

  8. campro says:

    asx 7 , syntium or castrol racing???

  9. Zaiton Ramli says:

    sesiapa nak Petronas Syntium Moto nie bolehlah email kat saya. Harga murah lagi dari stesen petronas. emailkan ke dixtonservices@gmail.com untuk senarai harga penuh. Boleh jadi ahli jugak. Tq

  10. jeman says:

    assalamualaikum. saya bru aje menggunakan petronas syntium moto 4sp ni pd suzuki smash v115 sy.,mmg terasa bezanye.,enjin lbih senyap dr sebelumnye,.,smooth.,nk tny satu soalan, eo ni klu gna smpai 10k km bleh x? bkan apa, slalu t’baca yg eo fully synthetics besanye bleh thn smpai 10k km

    • dune1989 says:

      waalaikummussalam, I see.. tahniah.. hehe, bestkan EO ni.. anyway, EO motor ni takleh sesah dia untuk jangka masa yg lama.. yg 10k tu kereta, motor maksimum 5k. bukan apa, EO motor dia kena jaga sekali gearbox motor, jadi dia buat dua kerja satu masa dan lagi cepat likat.. sebab itu servis interval motor rata2 2k paling awal dan paling lewat 5k. 5k pun kalau guna full sintetik.. kalau mineral biasa cuma 2k sahaja yg elok..

  11. Adamdaniel says:

    Petronas Syntium SX mmg sesuai itk Modenas GT sya. Saya mmg skeptikal ttg brand ni. Castrol ngan Rock Oil tlah mnjadi produk kegemran sya sblum ni.
    Setelah mencuba buat pertama klinya mmg sya teruja ngan prestasi dr segi anjakan gear mahupun pecutan mmg berbeda ngan minyak yg dgunakan terdahulu. Perjalanan setiap hari ke tmpat kerja sejauh 108km sehari dgn top speed lingkungan 120-145km/ jam membuktikan Petronas SX terbukti berkesan d jlnraya amnya. Thumbs up utk Petronas Syntium Moto series.

  12. ibrahim says:

    salam bro klu pkai mnyk v power blh ke pkai oil petronas syntium moto 4sp

  13. ibrahim says:

    salam bro…suzuki shougun 125rr blh ke gna mnyk syntium moto 4sp ni tpi mnyk pkai v power .

  14. mohamad bakri Jamil says:

    Salam.. motor lc135 4speed ok ka jg guna minyak syntium moto sp nie

  15. wafi says:

    salam , ape minyak pelincir yg sesuai dgn lc135 2014 yg baru ni , mase first time tukar pakai yamalube , rase berat time pusing throttle tu

  16. Yusri says:

    Sana sokong. Semua statement di atas adalah sama dengan pengalaman saya. Siap boleh naik Genting lagi tu.. Terbaik..

  17. masih Nubis says:

    yup btl EO utk motosikal hanya bole pki antara 3000km-5000km tgk pada jenama.kalo nk yakin belilah di petrol pum sb dikedai moto kebyknya tiruan.start sy beli moto LC135es october 2012 sampai skg ogos 2014 dgn milage hampir 40k masih menggunakan Petronas Syntium moto 4sp dan riding paling jauh dr kl-phuket (non stop) dan kembali dr phuket-kl dgn jarak pergi balik 2000km.enjin masih smooth

  18. Zolhilmi says:

    nak tanya, syntium 4SP ni bukan untuk superbike je ke? takut ada efek kalau pakai kat motor LC?

  19. Zolhilmi says:

    nak tanya.. sytium 4SP ni bukan ke utk superbike? takut ada efek kalau pakai kat motor LC?

  20. omar says:

    menarik review tuan psl petronas 4sp. Betul kata tuan, minyak enjin ni sgt baik.sebelum ni, sy guna shell vsx utk 1st service dan yamahalube (2nd service) untuk moto ct100 yg sy beli May2014. Namun, enjin terasa kasar dan sukar merasa performance dan topspeed (hanya boleh naik 100km/h). Tapi, setelah tukar ke 4sp selepas 1500km. Ade banyak sgt perbezaan. enjin rase sgt smooth dan speed boleh capai 120-140km/h di highway.pd service ke 5 pada bacaan 5435km, sy terpaksa menggunakn minyak enjin petronas RS4 kerana tiada stok petronas 4sp di stesen2 berdekatan..apa yg sy dapati, ade lebih peningkatan dari segi pikcup dan performance,,enjin juga smooth. Namun, topspeed masih sama di 140km/h. Bagi sy, petronas 4sp sudah memadai kerana rs4 amatlah mahal. Terima kasih

  21. Muhydin says:

    Boleh hubungi untuk dapatkan harga terbaik Minyak Syntium Petronas MOTO SP.

    +60123402861
    COD MELAKA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s