Pengajaran dari cerita Ratatouille

Filem Ratatouille

Antara animasi 3D yang best dan memberi makna yang pernah saya tengok..

Pada tarikh 19 jun 2010 atau bersamaan dengan semalam, saya sedang beristirehat di rumah dan sambil itu menjaga adik-adik kerana mak pergi ke pejabat. Kebetulan pula Disney Channel membuat siaran tanpa henti animasi-animasi terbitan Pixar Animation. Salah satu animasi yang saya sempat tengok ialah animasi Ratatouille. Animasi ini memberi saya flashback tentang beberapa kisah kenangan silam dan juga membuat saya terfikir akan kata-kata salah seorang tukang masak terhebat dalam animasi ini iaitu Chef Gusteau.

Mengikut kisah kenangan lama, saya teringat sewaktu saya baru sahaj lepas habis SPM. Seminggu selepas itu saya dapat kerja di Delifrance KLCC. Delifrance ini ialah sebuah restoran yang menyediakan makanan-makanan serta pastri dari Perancis. Di sini saya belajar berbagai perkara tentang penyediaan makanan, membuat roti dan macam-macam lagi serta mendapat ramai kawan juga mengeratkan silaturahim dengan seorang individu. Dalam kisah animasi ini saya terlihat juga roti-roti Perancis seperti roti Baguette iaitu roti yang panjang giler nak mampos dan juga roti Croissant yang berupa bulan sabit. Saya juga teringat akan kawan-kawan lama seperti En Haris ex Manager, Kak Shamrina selaku assistant manager, Mr Richard selaku assistant manager yang kelakar penah saya jumpa, dan ramai lagi staf-staf disitu. Selain itu, masa inilah saya dapat merapatkan diri saya dengan seorang individu yang istimewa dalam hidup saya disuatu masa dahulu sampailah saya pergi ke PLKN dan masuk KPTM. Walaubagaimanapun, kenangan lalu masih lagi manis untuk saya kenangkan🙂.

Perkara utama yang ingin saya tekankan ialah berkaitan dengan seorang karekter merangkap  chef terkenal iaitu Chef Gusteau. Gambar dia adalah seperti dibawah:-

Chef Gusteau

Chef Gusteau, chef yang terulung di Perancis mengikut animasi Ratatouille

Salah satu statement beliau yang saya tidak dapat lupakan ialah “Not everyone can be a great artist, but a great artist can come from everyone”. Kata-kata beliau ini menggambarkan bahawa untuk menjadi sesuatu dalam bidang professional, tak semua orang boleh lakukannya namun lahirnya seorang professional adalah dikalangan manusia yang ramai. Kenyataan beliau ini sebenarnya membuatkan saya terfikir sejenak. Memang betul dan memang benar apa yang beliau katakan walaupun beliau hanyalah sebuah karekter dalam animasi tersebut tapi cuba anda berfikir sejenak akan kenyataan tersebut. Dalam dunia ini, kita lihat berbagai-bagai professional lahir di kalangan orang-orang yang kita yang biasa. Cuba kita lihat Tun Dr Mahathir, beliau merupakan bapa pemodenan Malaysia dan asal beliau hanyalah anak seorang guru besar di sebuah sekolah inggeris di Alor Setar. Irfan Khairi pula hanyalah seorang pelajar University namun beliau pandai mengambil peluang dan sekarang beliau telah pun menjadi jutawan muda!

Saya ingin sangat bercita-cita untuk menjadikan diri saya ini dari “nobody” ke “somebody”. Seperti mereka juga namun mengikut apa kemahiran yang saya ada. Saya tidak kisah sama ada saya akan menjadi seorang yang berjaya dalam bisnes MonaVie atau saya menjadi seorang yang berjaya dalam dunia Multimedia atau IT, namun saya ingin membina satu kejayaan untuk saya, ahli keluarga saya, orang saya sayang, dan juga orang-orang yang lain. Untuk berjaya bukanlah mudah. Saya perlu tempuh berbagai halangan untuk berjaya dan saya perlu mendidik diri saya untuk lebih matang dan berdisiplin. Di dunia ini tiada jalan mudah untuk kita menempa kejayaan namun kita perlu laksanakan apa yang kita impikan dengan konsisten dan berterusan serta sabar. Mereka yang pernah berjaya dalam hidup ini membuktikan bahawa mereka juga boleh berjaya dan apa yang Chef Gusteau katakan bahawa orang yang berkemahiran dan pakar boleh lahir diantara kita! Jadi cuba anda fikir sebentar. Sampai bila ingin menjadi orang biasa? Hidup hanya sekali dan selepas ini kita akan ke alam barzakh dan sejurus ke akhirat.

Kalau kita menempa sesuatu yang berjaya dalam hidup dan ramai orang menggunakannya, ia ibarat suatu pelaburan dalam akhirat untuk kita. Selagi orang menggunakannya, dan selagi itu Allah SWT mengurniakan pahala demi pahala untuk kita. Mudah sahaja bukan untuk melangkah kaki ke syurga sebenarnya? Namun itu, hak itu hanyalah milik Allah SWT dan Dialah menentukan siapa yang masuk syurga dan siapa masuk neraka. Tanya kembali diri anda, sampai bila anda ingin menjadi orang yang biasa?

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s