Tekanan semakin kuat disini

Saya tahu semua orang ada masalah. Masalah itu datang dari berbagai perkara terutama konflik dan saya tahu semua orang tidak mahu kesulitan dalam hidup. Tapi kita sebagai manusia dan hidup kita dengan komuniti manusia pasti akan timbul masalah ataupun konflik. Konflik dan masalah kita tidak boleh nak elak tapi kita boleh meminimakan tekanannya pada diri kita. Hari ini saya perasan tekanan masalah semakin kuat dalam hidup saya.

Hari ini saya bangun lewat. Pukul 7.30 pagi baru terjaga sedangkan saya tahu saya tersedar sebenarnya pada pukul 6.30pagi. Saat bangun itu saya bergegas hendak ke bilik mandi. Tiba-tiba mak saya tanya pada saya. “Hafiz, kau nak balik kolej ini ada duit tak?” Saya terdiam sebentar. Oh tidak, ini bukan masanya untuk bersoal-siasat. Saya tahu saya sangat sengkek bulan ini. Banyak duit habis untuk menyelesaikan satu-persatu perkara. Tapi saya merahsiakan di mana duit saya pergi.

Sebenarnya mak saya terkesima setelah saya mengajukan soalan yang ingin meminjam wang pada semalam.  Mak saya tanya dimanakan duit-duit saya yang lain? Sangkaan saya meleset setelah mak tanya kembali soalan itu. Saya ingatkan mak boleh bantu saya tapi kasihan mak. Mak juga ada masalah kewangan. Ayah juga saya mungkin tak boleh nak bertanya kerana saya tahu ayah juga mempunyai masalah kewangan. Kasihan mereka dan saya sendiri tergamam dan inilah punca saya dimarahi pada pagi ini.

Ada sesetengah individu tahu kemanakan wang saya pergi dan saya bukannya membazirkannya. Tapi saya bukan suka-suka merahsiakan pada ibu bapa saya tapi saya tak mahu mereka susah hati kerana saya. Sekarang mereka benar-benar susah hati khuatir saya tidak mempunyai wang untuk sambung belajar. Tekanan ini membuatkan saya terasa benar akan kesusahan hidup. Tapi alhamdullillah saya masih lagi mempunyai harta yang lain memudahkan hidup saya.

Sir Shafiq selaku lecturer saya mengajar saya bagaimana hendak menguruskan konflik dan masalah. Emak saya juga pernah bantu saya dalam menguruskan kewangan. Dan sekarang ialah waktu untuk saya atur dengan baik kemana kewangan saya dan saya perlu mencari sumber lain untuk menyara hidup saya sewaktu menanti loan MARA untuk dapat tiap-tiap bulan. Inilah masanya untuk merasa hidup susah dan inilah masanya untuk diri saya dekatkan diri saya pada Allah SWT. Saat senang saya selalu lupa dan saya harap saya boleh dekatkan diri saya balik pada Allah SWT.

Kepada mak ayah, saya sangat sayangkan kamu semua. Saya tahu mak dan ayah marah saya kerana kamu risaukan saya. Saya tak perlu bekecil hati apabila dimarahi tapi saya wajib bersyukur kerana saat mereka marah itulah mereka masih lagi ada disisi saya. Kepada Zaizul Farain terima kasih kerana sudi membantu menghulurkan duit untuk pinjam. Saya hargai sangat-sangat. Saya tak mahu susahkan orang tapi terpaksa saya minta juga. InsyaAllah saya akan pulangkan bila dapat gaji dan saya janji. Saya tidak perlu mengalah dan saya akan tabah. InsyaAllah saya akan dapat juga hadapi setiap dugaan dan cabaran ini yeah!

Wassalam…

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s