Saya bukan berangan

Hari ini saya ingin meluahkan sesuatu yang saya hadapi yang saya membuatkan saya rasa terasa sangat-sangat. Perkara ini berlaku setelah saya balik kerja dari pejabat. Agak lewat saya keluar rasanya dalam pukul 9.30 malam baru saya keluar bagi menyelesaikan permasalahan yang dalam kerja saya. Maklumlah saya pun dah nak resign dan sambung belajar dan saya perlu menyelesaikan kerja-kerja tertunggak yang saya pegang.

Sebaik sampai di rumah, saya makan seperti biasa dan saya pergi mandi. Setelah itu saya solat isyak. Kemudian setelah solat mak saya datang dekat saya dan tanya saya macam-macam. Duit pergi mana? Semua persoalan dari hal MonaVie sampailah hal peribadi semua mak selongkar. Sebagai seorang anak saya cuma jawap sahaja apa dia nak tahu. Setiap persoalan yang ditanya saya juga dimarah. Saya hanya ambil posisi selesa dan lihat mata mak dan dengar apa yang dia cakap.

Saya tahu mak marahkan saya sebab saya ini boros dan tidak simpan duit. Mak saya mengatakan dia kecewa dengan saya sebab saya tidak simpan duit. Mak juga cakap saya cakap kasar dengan dia, saya sombong, bodoh dan tidak menghormatinya. Sebenarnya apa yang mak kata itu ada jawapannya tapi saya tak mahu menjawap. Saya diam dan saya dengar walaupun hati sangat pedih dan sakit. Tak ingin saya berbuat demikian pada mak saya sebegitu tapi apakan daya mungkin dalam keadaan marah dia merasakan begitu. Emak, siapa tidak tahu nilai kasih sayang dan perasaan ingin melindungi anaknya yang kuat.🙂

Sebenarnya panjang juga mak saya berleter pada saya, ada juga emak menyentuh isu peribadi saya. Saya tahu mak katakan saya ini kuat berangan, saya ambil ringan dalam masalah ini, saya tidak mahu menyimpang wang saya, saya berlagak bagus dan macam-macam lagi. Pedas dan pedih lemparan kata-kata itu tapi saya tetap gagahkan mendengarnya. Mak, kalau mak dapat baca yang saya tulis ini mak akan tahu perilaku saya sebenarnya tak pernah hendak membelakangi setiap ahli keluarga saya lagi-lagi mak dan ayah. Saya tahu kita semua hidup bermula dengan hari yang sangat susah, dari dahulu lagi saya bercita-cita nak mengubah hidup saya dan keluarga saya. Saya pernah tanam niat nak berjaya dan tolong mak ayah langsaikan hutang-hutang kad kredit mak ayah jika saya mampu. Saya tahu salah satu cara ialah dengan buat bisnes. Saya tahu ianya bukan mudah yang disangka tapi tak salah jika saya mencuba dan ambil risiko. Saya mengharapkan kejayaan saya agar saya boleh membantu keluarga saya sendiri dan saya nak capai segala impian saya dan nak kahwin bila umur dah 25 tahun nanti. Saya belajar macam-macam dan saya praktikkan dalam hidup saya. Saya cuba bina identiti positif agar orang tidak akan memandang hina atau rendah pada saya. Namun bukan rezeki saya lagi untuk berjaya sekarang. Tapi saya percaya ada rezeki akan datang dan tak perlu saya mengalah.

Mak, ayah dan adik-adik.. saya sayang sangat-sangat kamu semua. Saya cuma nak yang terbaik dalam hidup saya. Saya percaya jika saya pasang impian besar-besar insyaAllah saya akan capainya akan datang. Dan saya bukan main-main dalam hidup saya. Saya nak berjaya dan saya nak hidup senang dan hidup keluarga saya senang. Kalau mak ayah tak mahu saya susah, begitulah perasaan saya dari awal lagi masa saya sekolah menengah merasa. Allah SWT itu sahaja yang dapat bantu saya dalam mengubah hidup ini. Mungkin bukan sekarang untuk saya senang tapi saya percaya akan datang ada rezeki untuk saya. Terima kasih untuk seseorang yang selama ini masih lagi bersama saya. Walau berat beban dipikul dan teruk saya melangkah untuk meneruskan hidup, dia masih bersabar dengan kerenah saya. Sangat istimewa dirimu buatku.🙂

Saya impikan sebuah motosikal besar dalam hidup saya. Saya impikan sebuah MPV Exora sebagai kenderaan pertama saya. Saya impikan sebuah rumah yang selesa untuk tempat tinggal saya. Saya impikan seorang insan yang istimewa untuk menjadi teman hidup dunia akhirat saya. Saya impikan segala-galanya untuk hidup saya. Walaupun dunia ini hidup sementara, tapi saya tidak mahu saya miskin harta. Khuatir saya akan jatuh kufur kerana tidak mampu untuk menghadapi dugaan. Rela saya menjadi kaya harta kaya iman, supaya saya boleh bantu keluarga dan orang yang memerlukan yang lain. InsyaAllah. Impian di hati ini tak pernah padam. Sentiasa mekar agar ianya akan tercapai kelak😀 amin….wassalam

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s