Gaji tak masuk lagi T_T

Tarikh hari ini adalah tarikh yang saya nantikan. Di tiap-tiap bulan saya akan menantikan penuh setia dan ianya pasti datang cuma lewat atau cepat sahaja. Namun hari ini agak mengecewakan saya sedikit kerana gaji dan elaun MARA belum lagi masuk ke dalam akaun.

Elaun MARA sepatutnya berakhir pada bulan jun ini. Gaji terakhir saya di My-Partners ini juga akan saya gunakan untuk mendaftar balik ke kolej dan wang sara hidup untuk belajar di KPTM balik. Selain itu, motor saya juga perlu servis kembali kerana sudah menghampiri tempoh untuk menukar minyak pelincir dan juga plug pencucuh. Sabtu lepas baru sahaj menukar bateri basah baru untuk motor kerana bateri asal sudah rosak.

Cuma bulan tujuh ini adalah bulan yang sangat mencabar untuk saya. Saya harus memperhalusi penggunaan wang saya untuk perkara-perkara yang mustahak sahaja. Dan saya sudah membuat rancangan di mana kemungkinan besar saya akan bekerja secara sambilan di Restoran Ani Sup Utara di Greentown atau bekerja sebagai Data Entry dengan sebuah syarikat. Kalau nak kerja dengan restoran nampaknya saya kena suntik typhoid lagi kerana yang masa 2007 sudah luput. Aduh, jarum lagi.. T_T Namun begitu insyaAllah saya yakin saya boleh survive untuk saat kesukaran pada masa ini. Yang penting saya tak perlu mengalah!

Saya berharap sangat gaji akan masuk secepat mungkin. Tolonglah, saya nak pulangkan balik duit kawan saya Zaizulfarain. Tolonglah insyaAllah, amin..

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

2 Responses to Gaji tak masuk lagi T_T

  1. Salikin Hensem says:

    Berjimat laa….. jgn tau beli rokok, kickapoo, rocky je….. semua tu pakai duit….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s