Sara hidup MARA dah tamat…

Sudah beberapa hari saya diajukan soalan-soalan cepumas dari kawan-kawan akan wang sara hidup dari Mara yang diwar-warkan masuk kali terakhir pada bulan enam ini tidak lagi masuk. Mengikut perkiraan dari pakar-pakar wang rakan saya, andaian (ingat tau andaian) pinjaman Mara akan tamat pada bulan 6 2010. Jadi, saya telah membuat perkiraan pembelanjaan saya bagi memasuki ijazah muda (degree…betul ke ijazah muda?) seawal bulan 12 lagi. Namun, setelah beberapa hari ini, keadaan ternyata mengecewakan saya.

Seperti saya perkatakan sebelum ini, andaian Mara akan tamat adalah pada Jun 2010. Namun itu, wang sara hidup tersebut tidak lagi masuk. Saya agak cemas kerana saya perlukan wang tersebut untuk membayar perkara-perkara lain. Kawan-kawan saya yang lain juga tidak menyangkakan wang sara hidup itu tidak akan masuk lagi pada bulan Jun2010 ini. Ternyata ia amat mengecewakan. Apa yang dirancang tidak sama sekali menjadi dan masalah semakin rumit. Setelah membuat semakan pada akaun cimb saya dengan penuh gigih dari hari ke hari, maka pada hari jumaat lepas saya isytiharkan Mara saya sudah tamat dan tiada lagi wang sara hidup untuk saya. Walaubagaimanapun, saya terpaksa ikut rancangan saya yang lain dan saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada insan-insan yang sudi membantu saya. Saya akan tunaikan janji saya kelak insyaAllah.

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s