Semakin menghampiri zon selesa

Sudah lama tidak menulis dalam blog ini sejak masuk degree dekat KPTM ini. Bila dah masuk terus-terus dapat kerja part time dekat Restoran Ani Sup Utara. Internet pon takat pinjam kawan dan pegi kolej lepak lab baru dapat access. Malam pula kerja dan siang belajar. Susah nak ada masa untuk online dan menulis blog ini. Namun pada kesempatan ini, saya ingin menulis sebab dah lama tak update blog. Motif menulis? Cuma nak menyatakan yang saya dapat lapangkan dada saya sedikit setelah sebulan lebih menempuh hari yang sukar.

Awal kehidupan di Ipoh amat sukar, dengan duit seratus lebih ingin dibajet sampai sebulan until dapat gaji, terpaksa betul-betul cut-cost makan dan perkara-perkara lain. Paling menyedihkan ialah saya tak dapat duit pinjaman pendahuluan MARA yang amat saya harapkan masa ingin masuk kolej. Dokumen yang tebal telah saya siapkan dengan gigih dan sabar, namun ternyata sia-sia setelah pegawai disitu menyatakan hanya gaji campuran ibu-bapa kurang RM4000 layak apply. Aduhai, berkecai hati bila mendengar kenyataan itu weh.. punyalah berharap namun itulah jawapannya.. Tapi alhamdullillah, saya tahu masih ada ruang untuk saya bernafas. Ayah saya hulurkan RM200 dahulu untuk bulan Julai lepas dan membolehkan saya terus bernafas sehingga dapat gaji pertama.

Pembelajaran degree agak relaks namun tugasan-tugasannya bertaraf professional. Oh tidak, pembahagian masa amat penting saat ini. Tapi alhamdullillah, buat masa ini terkawal lagi. Biarpun penat tapi saya tahu saya ada misi perlu diselesaikan dan saya mesti bawa diri saya ke zon selesa kembali! Pedulilah orang kata saya ini apa pun yang penting masalah saya selesai! insyaAllah..

Gaji pertama dah dapat pada 3/08/2010 dan terima kasih kepada abg Shah dan Puan Noorlin kerana mempercepatkan pengeluaran gaji. Syukur sangat dan saya dah langsaikan separuh hutang kawan dan sewa rumah. Alhamdullillah. Ramadhan semakin hampir, bulan Ibadah telah pun menjelma, saat saya menulis saat ini saya sedang berpuasa. Moga Ramadhan ini dapat membantu diriku menjadi insan yang lebih baik untuk masa akan datang. InsyaAllah!

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s