Road to Putrajaya (Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sudah lama saya tidak menulis di Blog saya, bukan apa semenjak belajar sambil bekerja ini, masa terluang sangat terhad dan kebanyakkannya saya habiskan untuk buat assignment, berehat dan study. Tapi hari ini saya teringin berkongsi pengalaman saya menunggang motor dari Ipoh ke Putrajaya. Kalau ikutkan Google Map, jarak perjalanan dari Taman Cempaka, Ipoh ke PICC Putrajaya adalah sejauh 235KM dan selama 2 jam 48 minit. Tapi saya menunggang motor dan saya anggarkan hampir 550KM saya bergerak dan dekat 3 jam 30minit saya menunggang bagi sampai ke sana.

Kamu semua mesti tertanya apekehalnye nak pegi PICC naek motor nih kan? so, the reason why saya pergi ke sana adalah untuk menghadiri raptai Konvokesyen KPTM 2010. Saya telah berjaya menamatkan pengajian Diploma in Multimedia saya dengan baik dan sekarang adalah giliran saya untuk berkonvo. Ceritanya selepas saya tutup kedai, saya menghantar surat ke bos saya. Waktu itu dalam pukul 1pagi, lepas hantar surat dan saya pun borak-borak dengan bos. Borak punya borak dah terlajak pukul 4 pagi. Jadi saya pun balik siap-siap dan tidur. Saya terjaga dari tidu bila abang An kejutkan saya. Ehh! pukul 9 dah. Aduh tepuk dahi saya masa bangun tuh, cadangnya nak bangun dalam pukul 6 atau 6.30 pagi. Tidur sikit pon jadilah janji boleh sampai before 9 pagi. Last-last camtu la jadinya. Maka, kelam-kabut la mandi dan bersiap.

Kriss ready for long distance

Motor sebelum ride jauh-jauh

Lepas siap-siap, park motor kat luar dan panaskan enjin. Beg laptop letak dekat bakul dan baju2 letak dalam box motor. Oleh kerana hari kelihatan tidak hujan, maka saya pon tak bawa la baju hujan. Lepas enjin dah panas, baca bismillah dan saya gerak ke Restoran De Maya di Taman Cempaka untuk breakfast.. Makan takat Roti Telur dan air ape eh?? saya dah lupa daa… Sebelum bertolak saya telefon mak saya dan sms seseorang. Lepas selesai perkara itu, maka saya pun bertolak keluar dari Ipoh dengan menggunakan Exit PLUS Tambun.

Bila dah masuk highway, saya dah bajet petrol tidak cukup. maka saya berhenti di RNR Simpang Pulai hala Selatan dan mengisi Petrol di Petronas. Isi RM5 seingat saya masa tuh.

Isi petrol di RNR Simpang Pulai

Isi petrol di RNR Simpang Pulai

Petronas RNR Simpang Pulai

Petronas RNR Simpang Pulai

Lepas isi petrol dan takuk petrol pun melonjak ke “Full”.. Hati pon senang untuk menunggang. Bila nak keluar dari RNR, saya pun terus speeding untuk cruise motor ini supaya exceed speed 110KM/H. Tapi komer sume kena la ingat takat Kriss 100 E nih 110KM/H dia laju mane la plak.. hehe, itu la hati nih nak rembat Ninja 250r bila da mampu kelak. Kelajuan ini saya maintainkan bagi mengurangkan masa terbuang.

Speed 110KM/H

Speed 110KM/H

Haruslah korang ingat yang aku tak abes pulas throttle saya nih. Oh ye, jangan harap saya boleh cecah 140KM/H lagi. Lepas tukar timing chain isnin lepas, saya hanya memakai pelincir Castrol Power 1 Semi-Synthetic. Pelincir ini berat berbanding Syntium Moto SP. ERm, enough about the lubricant story. Dalam perjalanan ini, kereta tak berapa banyak bagi menuju ke selatan. Jadi saya pon menggatal ambil snapshot masa menunggang motor. Punyalah lenggang sampai boleh ambil gambar banyak kali hehe..

Back view

Back view

Jalan yang lengang

Jalan yang lengang

Tapi serius, pengalaman menunggan motor atas highway mengajar saya erti kesabaran. Kenapa eh? Walhal cuma menunggan je pon.. Ok saya list down kenapa saya kata ianya mengajar erti Kesabaran:-

  1. Perjalanan melebihi dari 1 jam (jika jalan jauh)
  2. Kenderaan lain overtake selalunya merbahayakan penunggang
  3. Penat dan cuaca panas(kalau siang) atau sejuk (kalau malam)
  4. tak laju

Actually banyak lagi sebenarnya tapi dah tak hengat. Orang selalu kata bahaya menunggang motor di highway. Tapi, bagi saya ianya adalah satu cabaran dan ianya sangat seronok! Petrol confirm jimat! KL-Ipoh cuma RM7 sahaja.. apa kes? haha.. kalau ada jammed di highway, boleh aje menyelit2 cam bawak di bandar. ermm… ngantuk la pulak.. nanti saya sambung kisah saya ketika menunggang ke Putrajaya.. InsyaAllah..

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s