Software File Transfer Protocol (FTP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada posting sebelumnya saya menyatakan bahawa mengenali software FTP ini adalah perlu. So, what is FTP all about? (eh, tetibe speaking lak hehe..) FTP atau File Transfer Protocol adalah salah satu protokol yang digunakan bagi membolehkan file di hantar antara komputer ke komputer berasaskan dalam talian (online). Ini adalah takrifan aku la eh. Jangan la pulak korang pi guna takrifan aku nih untuk jawap soalan exam atau buat rujukan. Tak valid yeee….. Untuk takrifan sebenar, anda boleh rujuk di dalam link ini.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, untuk membolehkan website kita boleh di layari secara online, kita perlukan webhosting dan menggunakan servisnya untuk meng”upload” website kita ke server mereka. Selepas daftar, kita akan dapat kebenaran untuk memasuki server mereka dengan menggunakan username dan password FTP. Saya akan shortlistkan beberapa software FTP yang percuma yang boleh anda guna sampai rosak komputer anda tanpa bayar sesen pun. Kalau rosak duit korang la ehh.. Ok, check di bawah, sila pilih software client ye..:-

Senarai software FTP (Klik pada nama untuk ke website mereka):-

Ok, kalau korang jumpa brand lain pon ok gak. Kalau berbayar itu selalunya ada extra features. Tapi kalau takat nak transfer2 file ni tak payah le beli. Download yang free sudah. Tutorial yang saya berikan ini saya akan gunak Filezilla FTP la eh sebab saya suka barang2 Mozilla dan senang saya nak guna. Moh kita belajor Filezilla!

Step 1 : Download!

Langkah pertama sekarang ialah download software filezilla yang client software. Kalau malas nak pergi website dorang. Korang klik la kat sini.

Step 2 : Install!

Langkah kedua ialah korang install la dia. Cemana? ala, start2 tu korang agree dan next2 aje.. senang!

Step 3 : Jom kenali paparan Filezilla!

Ok, lepas korang install. Supposedly bila software execute, paparan ini akan keluar seperti di bawah:-

Paparan Utama Filezilla

Paparan Utama Filezilla

Anda perhatikan gambar rajah di atas. Berikut merupakan paparan utama software Filezilla. Saya dah pecahkan pada beberapa bahagia berdasarkan nombor yang tertera paga gambar:-

  1. Acknowledgement Window (paparkan perkembangan pada software tersebut)
  2. Slot capaian talian dan minit tugasan
  3. Slot paparan pada komputer anda
  4. Slot paparan pada server anda
  5. Slot paparan status penghantaran

Sekarang ini ada sudah lihat overview tentang software ini. Sekarang saya nak terangkan secara detail akan setiap paparan tersebut. Acknowledgement Window tak perlu la saya terangkan, fokus kita sekarang pada perkara-perkara penting yang melibatkan upload file website.

Slot capaian talian dan minit tugasan

Slot talian dan minit tugasan

Slot talian dan minit tugasan

Orait, pada slot talian ini, ada lima perkara yang korang perlu ambil tahu ye. Tengok pada list di bawah:-

  1. Host (nama host yang akan anda gunakan)
  2. Username (username FTP untuk akses server)
  3. Password (password FTP untuk akses server)
  4. Port (port FTP untuk akses server)
  5. Quick connect (Sambung ke server)

Take note ye perkara ini. Slot ini membolehkan anda sambung ke server webhosting anda. Silap disini maka anda di boleh akses ke server tersebut.

Slot paparan pada komputer anda

Slot paparan pada komputer

Slot paparan pada komputer

So, bagaimana kita nak tahu paparan ini adalah paparan pada komputer kita? First thing, korang check ada tak perkataan “local site”, statement ini hanya paparkan file manager yang ada pada komputer kita. Apa yang terkandung dalam hard disk anda dan yang itu dia akan paparkan. Di sini juga menunjukkan anda berada di file mana, file apa yang ada dan size-size data yang ada di dalam file anda.

Slot paparan pada server

Slot Paparan Server

Slot Paparan Server

Actually, interface sama aje dengan local site cuma beza aje dia mentioned remote site. So, tak perlu pening2 ye.

Slot paparan status penghantaran

Slot Status Penghantaran

Slot Status Penghantaran

Pada paparan terakhir ini, korang boleh melihat progress transfer data di sini. Proses penghantaran file ini akan terjadi dua perkara iaitu berjaya atau gagal. Kalau berjaya, file akan berada pada remote server kalau gagal ianya adalah sebaliknya. Namun itu ada option untuk queue kan balik file2 yang gagal untuk ditransfer sekali lagi sehinggalah semua file berjaya ditransfer. Kita akan belajar transfer file website di masa akan datang. InsyaAllah.

Saya nak tido dah. lewat malam dah ni :p

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in all about webhosting. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s