Sup Gearbox boleh didapati di Ipoh

Salam semua,

hari ini saya teringin bercerita tentang Sup Gearbox di Restoran Ani Sup Utara Ipoh merangkap tempat saya mencari rezeki ini. Well then, saya pernah sekali merasa Sup Gearbox ini dahulu dengan berkongsi dengan rakan sekerja saya. Apa-apa pun mari saya bercerita apa benda Sup Gearbox ni.

Restoran Ani Sup Utara ini menawarkan salah satu menu premium untuk pelanggan dia iaitu Sup Gearbox. ok, mungkin ada antara kamu tidak tahu pemenda la Sup Gearbox ni. jom kita tengok gambar dia cemana la rupanya :-

Sup Gearbox Restoran Ani Sup Utara

Sup Gearbox Restoran Ani Sup Utara

Besarkan? Actually Sup Gearbox ni adalah tulang lutut lembu yang dipotong dan dibuat sebagai santapan sup. Rupa dia yang besar di bawah dan makin mengecil diatas menampakkan seakan-akan satu set gearbox kereta sahaja. Di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, ada empat saiz yang ditawarkan iaitu :-

  • RM15
  • RM20
  • RM25
  • RM30

ok untuk sizing ni ikutlah keperluan mereka yang ingin menikmatinya. Saiz paling kecil ialah RM15 dan sehinggalah RM30. Restoran Ani Sup Utara yang lain ada saiz sampai RM40, namun cukuplah hingga RM30 bagi kami kerana saiz itu sudah cukup besar. Untuk makan secara individu, RM15 sudah memadai. Pada saiz itu juga sesuai untuk golongan couple yang ingin merasa Sup Gearbox ini. Pada saiz RM 20, sesuai untuk santapan 2-3 orang. RM25 sesuai 4 dan RM30 sesuai untuk 4-5 orang. Kalau saya tolong angkat Sup Gearbox saiz Rm30, masyaAllah berat ya Rabbi.. tapi saya percaya ramai yang puas hati makan. even saya pernah jumpa seorang mamat yang naik superbike, singgah di Restoran Ani Sup Utara Ipoh ini semata-mata hendak makan Sup Gearbox. Rasa terharu pun ada dan saya cukup berterima kasih untuk para pelanggan yang sentiasa menyokong kami.

Oh yes, apa yang best Sup Gearbox ni? Sup Gearbox ini yang paling best kita boleh sedut sum-sum tulang yang panas bersama kuah sup di tengah-tengah lubang tulang lutut itu. Ada sesetengah pelanggan bertanya yang mana dagingnya? saya pun beritahu pada mereka, dagingnya ada pada bawah lutut yang tenggelam dalam kuah sup. Di situ banyak daging dan lemak yang boleh dinikmati oleh pelanggan. Selalu saya perhatikan, mereka makan sambil menghirup kuah sup dan sum-sum dengan penuh penghayatan. Seronok tengok mereka makan, kadang-kadang kami yang melayan pelanggan seronok dan gembira apabila melihat pelanggan puas hati makan di kedai ini. Yang saya paling suka ialah daging Sup Gearbox ini, memang lembut dan best dikunyah. Kalau siapa yang selalu makan daging-daging di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, mereka akan perasan yang rasa daging itu sama dengan rasa daging Big Mac Mekdonel. Percayalah sebab saya sendiri hari-hari makan Sup Daging hehe..

lastly, saya percaya anda tidak akan kecewa menikmati Sup Gearbox ini di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, saya selaku warga kerja Restoran Ani Sup Utara mengalu-alukan kedatangan anda. Anda juga boleh berkongsi pendapat, memberi komen, dan berinteraksi perihal urusan Restoran Ani Sup Utara Ipoh di laman Facebook iaitu Ani Sup Utara Ipoh. Saya akan memberi ulasan dan perkembangan mengenai Restoran Ani Sup Utara Ipoh di masa akan datang kelak. Sekian, Terima Kasih🙂

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in Reality in life. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s