Who am I?

Anda bertanya siapakah saya?

kalau anda belum kenal saya sudi menceritakan tentang saya, namun jika anda kawan atau teman rapat saya, rasa ringan je tangan ni bagi tamparan lelaki bujang. Walaubagaimanapun, ia bukan suatu isu yang serius, dengan berbesar hati saya memperkenalkan diri saya.

Saya adalah Muhammad Hafiz Bin Hussin anak kepada Hussin Bin Sulaiman dan Zaininah Bte Mohd Zain. Sudah tercatat di Loh Mahfuz yang saya ini adalah abang sulung kepada 5 orang beradik. Saya keluar dari rahim ibu saya pada 29 Julai 1989 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dari kecil hingga ke besar gajah ini saya menetap di Kg Baru Kuala Lumpur. Jika anda tahu itu Klinik Harun, maka anda hanya beberapa langkah ke rumah saya.

Dari kecil di umur 4 tahun saya didedahkan dengan komputer hanya untuk bermain game komputer. Maka, secara tidak lansung hobi saya sebenarnya main game komputer. Tapi hobi ini tak valid sebab saya dah jarang main game komputer maka ia dimansuhkan:p. Buat masa ini, saya lebih gemar membaca buku, manipulasi imej, belajar programming, dan belajar tentang ilmu agama. Jika ada bajet, saya akan gunakan motor saya untuk jalan jauh pusing-pusing di kawasan yang saya kehendaki(jiwa rider).

Cerita tentang sekolah ye? Saya masa kecil berada di Tadika Seri Murni di Kampung Baru. Kemudian bila dah besar sedikit saya berada di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda. Semasa di situ, orang ingat kami semua raja-raja muda. Bila dah meningkat tua, saya berada di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor dan kemudiannya habis belajar. Oleh kerana dahulu hobi adalah bermain game komputer, maka belajar pun banyak main-main.

Sudah bekerja atau sambung belajar? Oh, saya dah habes belajar dah sekarang. Saya belajar di KPTM Ipoh atau Kolej Poly-Tech Mara Ipoh. Jurusan yang saya ambil adalah jurusan Diploma in Multimedia. Setelah itu, saya bekerja sementara di sebuah syarikat IT dan menjadi seorang programmer. Setelah tamat bekerja, saya menyambung pelajaran ke KPTM Ipoh dengan mengambil jurusan BSC (Hons ) in Multimedia Computing dan sekarang sudah berada di Ipoh untuk jangka masa lagi dua tahun.

InsyaAllah setelah tamat mengaji untuk level degree, saya akan sambung bekerja atau jika ada rezeki insyaAllah akan datang saya bercadang untuk membuka bisnes. Semoga apa yang saya impikan akan menjadi kenyataan. Amin…

2 Responses to Who am I?

  1. sonata says:

    salam dune =)

    baru perasan ade alamat blog rupenye kat signature posting dune..
    dalam ni ada pasal monavie tu tak.. =)

    • dune1989 says:

      waalaikummussalam akak =),

      hehe..ini sebenarnya blog peribadi saya..
      apa-apa kisah yang saya minat untuk share dengan orang saya akan post dekat sini..
      saya suka menulis hehe..
      dalam ini tak ada sangat kak..

      klu akak nak info monavie itu akak leh dapatkan di
      http://hafizmonavie.wordpress.com
      kat situ memang khas blog MonaVie yang saya bangunkan:)
      segala maklumat dan khasiat buah-buahan saya akan post dekat situ:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s