Menu Bulan Ramadhan Ani Sup Utara Ipoh 2011

Assalamualaikum semua,

okeh, lama saya tak menulis di blog saya ini. So for today, saya nak menceritakan satu promosi yang restoran saya tawarkan untuk anda semua di bulan Ramadhan yang mulia ini. ok let’s make it straight! look at the image below:-

Menu Ramadhan

Menu Ramadhan tahun ini

The great things is we offer you the great price in a combo for the buka puasa. Ada 5 combo yang kami tawarkan untuk santapan anda. berminat? hopefully anda akan berminat dengan tawaran ini! apa lagi mari datang beramai-ramai ke restoran Ani Sup Utara Ipoh! oh ya, surely kami akan beri anda kurma untuk pemanis mulut ketika berbuka. anyway jumpa di sana ya! check these out for more info:-

reservation : call mr Hafiz 012-4190547
facebook : Ani Sup Utara Ipoh

Posted in Reality in life | Leave a comment

A scene in Transformer 3 that I love the most!

Salam semua,

ecewah, tajuk speaking english tu! hehe, tiba-tiba content posting pula dalam bahasa Melayu. Anyway, there a things that I would like to share which is a scene which I love the most. Ok, sebelum aku cerita lebih lanjut, korang tahu ke pemenda movie Transformer 3 ni? karang penat-penat aku cerita then tak paham plak. hahaha.. ok jom kita tengok dia punya poster below :-

Transformer 3 : The Dark of the Moon

Transformer 3 : The Dark of the Moon

dan bawah ni trailer dia.. korang tengok la, best!

ok, short brief dari aku pasal cerita Transformers 3 : Dark of The Moon

Cerita ni merupakan kesinambungan movie Transformer 2 di mana Optimus Prime berjaya dihidupkan dan mengalahkan Decepticon buat kali keduanya dengan bantuan Autobots, pihak manusia dan satu keturunan the fallen kategori decepticon yang berpihak kepada autobots. Pada masa itu Autobots membuat kerja fulltime bantu manusia menstabilkan keadaan politik dunia dan juga pada masa yang sama mencari kebarangkalian ada Decepticon yang merangkak di bumi ini. Pastu, Autobots baru tahu ada geng dorang yang terhempas dekat bulan, then pergi bulan, angkut sentinel prime balek bumi, kasi ICU. Then, sentinel prime khianat. Pastu korang tengok la sendiri. penat nak cite hehehe..

ada satu scene yang aku nak cerita yang aku suka sangat. Scene ni bukan scene gaduh-gaduh tapi scene yang jiwang hehe. Ok, starting dia, Sam Witwicky dan girlfriend dia ape nama ntah gaduh, so awek dia ni merajuk. Dalam keadaan gawat, Sam jumpa dengan mak ayah dia. Actually Sam nak khabaq kat mak ayah dia dok jauh-jauh sebab bandar Chicago dalam bahaya, tapi mak ayah dia membebel lagi-lagi Sam bagitahu makwe dia lari dari dia. Tapi start sini m ayah dia cerita part yang paling aku suka:-

The Mother : Do you love this girl?
Sam : She’s the one
The Mother : Then, You better go get her, your dad and I when we have a trouble, he often to look and find me. Say what you say (sambil senyum dan pandang suami dia)
The Father : I will follow you to the end of time

masa ayah dia sebut tu, mak dia senyum dan peluk ayah dia. Masa aku dengar dan tengok scene ni, tiba-tiba rasa terharu dan teringat kat seseorang. Wow, a great impact when I watch this movie. meaning dia sangat mendalam. at the end of the story, Si sam peluk awek dia dan cakap the same thing dekat awek dia. Ayat ni buat aku tersentuh sebab dia memberi makna yang ke mana pun orang yang kita sayang pergi, kita sentiasa ada untuk dia, how sweet the words is. Anyway, saya nak sampaikan pada orang itu bahawa I love you, I miss you, I sayang sama you. I will follow you till the end of time sayang.. mmuaahh..

Posted in My Anecdote | Leave a comment

Sup Gearbox boleh didapati di Ipoh

Salam semua,

hari ini saya teringin bercerita tentang Sup Gearbox di Restoran Ani Sup Utara Ipoh merangkap tempat saya mencari rezeki ini. Well then, saya pernah sekali merasa Sup Gearbox ini dahulu dengan berkongsi dengan rakan sekerja saya. Apa-apa pun mari saya bercerita apa benda Sup Gearbox ni.

Restoran Ani Sup Utara ini menawarkan salah satu menu premium untuk pelanggan dia iaitu Sup Gearbox. ok, mungkin ada antara kamu tidak tahu pemenda la Sup Gearbox ni. jom kita tengok gambar dia cemana la rupanya :-

Sup Gearbox Restoran Ani Sup Utara

Sup Gearbox Restoran Ani Sup Utara

Besarkan? Actually Sup Gearbox ni adalah tulang lutut lembu yang dipotong dan dibuat sebagai santapan sup. Rupa dia yang besar di bawah dan makin mengecil diatas menampakkan seakan-akan satu set gearbox kereta sahaja. Di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, ada empat saiz yang ditawarkan iaitu :-

  • RM15
  • RM20
  • RM25
  • RM30

ok untuk sizing ni ikutlah keperluan mereka yang ingin menikmatinya. Saiz paling kecil ialah RM15 dan sehinggalah RM30. Restoran Ani Sup Utara yang lain ada saiz sampai RM40, namun cukuplah hingga RM30 bagi kami kerana saiz itu sudah cukup besar. Untuk makan secara individu, RM15 sudah memadai. Pada saiz itu juga sesuai untuk golongan couple yang ingin merasa Sup Gearbox ini. Pada saiz RM 20, sesuai untuk santapan 2-3 orang. RM25 sesuai 4 dan RM30 sesuai untuk 4-5 orang. Kalau saya tolong angkat Sup Gearbox saiz Rm30, masyaAllah berat ya Rabbi.. tapi saya percaya ramai yang puas hati makan. even saya pernah jumpa seorang mamat yang naik superbike, singgah di Restoran Ani Sup Utara Ipoh ini semata-mata hendak makan Sup Gearbox. Rasa terharu pun ada dan saya cukup berterima kasih untuk para pelanggan yang sentiasa menyokong kami.

Oh yes, apa yang best Sup Gearbox ni? Sup Gearbox ini yang paling best kita boleh sedut sum-sum tulang yang panas bersama kuah sup di tengah-tengah lubang tulang lutut itu. Ada sesetengah pelanggan bertanya yang mana dagingnya? saya pun beritahu pada mereka, dagingnya ada pada bawah lutut yang tenggelam dalam kuah sup. Di situ banyak daging dan lemak yang boleh dinikmati oleh pelanggan. Selalu saya perhatikan, mereka makan sambil menghirup kuah sup dan sum-sum dengan penuh penghayatan. Seronok tengok mereka makan, kadang-kadang kami yang melayan pelanggan seronok dan gembira apabila melihat pelanggan puas hati makan di kedai ini. Yang saya paling suka ialah daging Sup Gearbox ini, memang lembut dan best dikunyah. Kalau siapa yang selalu makan daging-daging di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, mereka akan perasan yang rasa daging itu sama dengan rasa daging Big Mac Mekdonel. Percayalah sebab saya sendiri hari-hari makan Sup Daging hehe..

lastly, saya percaya anda tidak akan kecewa menikmati Sup Gearbox ini di Restoran Ani Sup Utara Ipoh, saya selaku warga kerja Restoran Ani Sup Utara mengalu-alukan kedatangan anda. Anda juga boleh berkongsi pendapat, memberi komen, dan berinteraksi perihal urusan Restoran Ani Sup Utara Ipoh di laman Facebook iaitu Ani Sup Utara Ipoh. Saya akan memberi ulasan dan perkembangan mengenai Restoran Ani Sup Utara Ipoh di masa akan datang kelak. Sekian, Terima Kasih 🙂

Posted in Reality in life | Leave a comment