Sudah setahun aku berada di sini

Assalamualaikum semua,

lama saya tak update blog, last sekali saya bercerita pasal software FTP, biasalah bila jadi half- student and half – manpower di sesuatu organisasi, komitmen kena bahagi dua, rehat dan riadah diri sendiri kena kurangkan, tapi percaya atau tidak pejam celik pejam celik, saya sudah setahun berada di dua tempat ini:-

  1. Restoran Ani Sup Utara
  2. Kolej Poly-Tech Mara Ipoh

Dahulu saya pernah bercerita yang saya mempunyai masalah kewangan, dan saya terpaksa pinjam wang orang untuk teruskan matlamat saya, yes, saya mencari kerja di mudah.my pada masa itu, dan saya shortlistkan beberapa kerja part-time untuk saya buat demi mencari wang untuk bayar hutang. Cuba punya cuba maka saya dapat bekerja di Restoran Ani Sup Utara Ipoh milik Puan Noorlin Nasir selaku majikan saya. Saya masuk bekerja pada 10 HB Julai 2010 dan sekarang posting ini 12 HB Julai 2011, sudah genap setahun saya bekerja dan berkhidmat untuk Puan Noorlin. Tidak lupa juga saya pada Kolej Poly-Tech Mara Ipoh, tempat saya meneruskan pengajian saya iaitu Degree  (HONS) in Multimedia Computing, juga dah setahun disini, everything was in a blink of eye.

Restoran Ani Sup Utara front

My current workplace

When I was a waiter

When I was a waiter at the restaurant

me at the college

me at the college - budakpensel yang tangkap

Yes, dalam setahun, saya dah hadapi macam-macam perkara, konflik, suka duka, kesusahan, kepayahan dan berbagai lagi, dan semua ini mematangkan diri saya. Bukan mudah untuk membahagikan masa untuk belajar dan kerja. Juga untuk mengawal manusia apabila puan Noorlin memberikan saya kepercayaan untuk menjaga dan melaksanakan tugas yang beliau beri sewaktu beliau tiada di kedai. Sangat penat dan akhirnya saya berjaya hadapi sampai sekarang. Belajar juga bukan perkara mudah, subject Degree perlukan lebih fokus dan perhatian kerana banyak perkara perlu belajar dan dicedok sendiri, kadang-kadang rasa diri ini hampir putus asa, tapi saya tahu, saya yang bakal mencorakkan masa depan saya, dan alhamdullillah dengan segala kekuatan dan kemampuan yang ada, saya berjaya mengharunginya selama setahun. dan sekarang ada lagi setahun lagi. hopefully everything will according to plan. insyaAllah.. amin…

wassallam

About dune1989

I am human, live in Malaysia, happy as usual, thinking about the future, big ambition, never give up in my life
This entry was posted in My Anecdote. Bookmark the permalink.

Leave a comment